Translate

21 March 2025

Seremban 'sarang' pendatang asing - Imigresen



Seremban 'sarang' pendatang asing - Imigresen

Bernama

21/03/2025


Seremban menjadi 'hotspot' pendatang tanpa izin di Negeri Sembilan dengan 1,655 warga asing ditahan sepanjang tahun lepas. -Gambar fail/Sinar Harian


SEREMBAN: Seremban antara kawasan 'hotspot' pendatang tanpa izin di Negeri Sembilan dengan 1,655 warga asing direkodkan ditahan atas pelbagai kesalahan sepanjang aktiviti penguatkuasaan tahun lepas.

Seremban menjadi 'hotspot' pendatang tanpa izin di Negeri Sembilan dengan 1,655 warga asing ditahan sepanjang tahun lepas.

Sepanjang tahun lepas, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menjalankan 874 operasi dan memeriksa 7,746 warga asing, dengan 2,093 daripadanya ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan menegaskan tindakan tegas akan dikenakan kepada majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa permit sah, dengan 58 majikan didakwa dan 197 diberikan amaran sepanjang tahun lepas.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Kennith Tan Ai Kiang berkata ia diikuti Port Dickson dengan tangkapan 220 pendatang tanpa izin, Kuala Pilah (124), Jempol (117), Tampin (89), Jelebu (64) dan Rembau (23).

"Seremban merangkumi Nilai menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana terdapat peluang pekerjaan yang tinggi.

"Kebanyakan mereka dikesan bekerja di kawasan industri termasuk Nilai 3, manakala di Port Dickson di sekitar kedai makan terutama restoran tomyam," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan bersama media di sini semalam.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas pihaknya telah menjalankan 874 operasi dan memeriksa 7,746 warga asing dengan 2,093 daripadanya ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen sah.

Tan berkata 58 majikan turut didakwa kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit sah dan 197 lagi diberikan amaran.

"Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini hingga 19 Mac lepas, sebanyak 8,358 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu 393 pendatang tanpa izin ditahan," katanya sambil menambah sebanyak 16 majikan turut ditahan dalam tempoh sama.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa permit sah, di samping memastikan tindakan tegas termasuk pendakwaan akan dikenakan kepada mereka.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 17 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Tennessee viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bukit Aman’s Special Branch deputy director Deputy' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE ' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka berope' 3 hrs 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 3 hrs 56 mins ago