Translate

21 March 2025

Kanak-kanak perempuan 12 tahun antara 38 ditahan disyaki terlibat lumba haram



Kanak-kanak perempuan 12 tahun antara 38 ditahan disyaki terlibat lumba haram

Bernama

21/03/2025


Aedy berkata kebanyakan yang ditahan berusia di bawah 18 tahun dan masih bersekolah. - Foto fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Dua kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun antara 38 penunggang motosikal ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram di sekitar Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail, awal pagi semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata sebanyak 196 notis kompaun telah dikeluarkan dan 19 motosikal disita menerusi operasi dijalankan pihaknya itu, dengan kesalahan tertinggi direkodkan membabitkan tiada lesen memandu.

Beliau berkata operasi dilakukan susulan aduan daripada orang ramai berkaitan aktiviti lumba haram di sekitar kawasan terbabit.

"Hal ini mengejutkan kita kerana kanak-kanak perempuan itu menunggang motosikal yang telah diubah suai ekzos dan brek, selain banyak lagi kesalahan," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Ihya Ramadan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Hamidi Adam.

Beliau berkata kebanyakan yang ditahan berusia di bawah 18 tahun dan masih bersekolah manakala pihaknya telah memanggil ibu bapa kepada kanak-kanak bawah umur untuk tindakan lanjut.

"Kita akan lihat apa tindakan susulan yang boleh diambil, mungkin tindakan berkaitan dengan agensi penguatkuasaan lain kerana telah membiarkan anak mereka keluar untuk berlumba haram," katanya.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kalau Nak Jual Patut DBKL Datang Bincang Dulu Alih' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di' 42 mins ago
A visitor from Iowa viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 45 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kestabilan politik penting untuk pastikan kerajaan' 49 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr ago
A visitor from Ipoh viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Ampang viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr 14 mins ago