Translate

21 March 2025

Penerbangan pertama musim haji 1446H/2025M pada 29 April - TH



Penerbangan pertama musim haji 1446H/2025M pada 29 April - TH

Bernama

21/03/2025


Syed Hamadah berkata kumpulan terakhir jemaah yang akan berlepas ke tanah suci bagi menyempurnakan rukun Islam kelima itu pula pada 30 Mei. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke tanah suci bagi musim 1446H/2025M dijadualkan pada 29 April.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Syed Hamadah Syed Othman berkata kumpulan terakhir jemaah yang akan berlepas ke tanah suci bagi menyempurnakan rukun Islam kelima itu pula pada 30 Mei.

"Sementara itu, untuk penerbangan balik KT pertama adalah pada 14 Jun 2025 bersamaan 18 Zulhijah dan penerbangan akhir pada 10 Julai 2025, insya-Allah," katanya pada sidang media pengumuman kadar agihan keuntungan TH bagi tahun kewangan 2024, di Menara TH di sini hari ini.

Beliau berkata urusan visa haji akan mula diproses pada bulan Syawal dan setakat 19 Mac, sebanyak 93 peratus daripada keseluruhan kuota haji Malaysia pada musim ini sudah dipenuhi, semua bakal jemaah telah menerima tawaran dan lulus pemeriksaan kesihatan.

"Sebanyak tujuh peratus lagi, kami masih menunggu mereka membuat pemeriksaan kesihatan dan seterusnya menjawab tawaran sama ada menerima atau sebaliknya.

"Selagi mana kita masih mempunyai ruang atau tempat untuk bakal jemaah haji mengisikan keseluruhan kuota 31,600, kita masih menerima mana-mana rayuan tapi setakat ini terdapat 84,000 rayuan yang telah masuk ke TH dan kita beri keutamaan kepada rayuan yang diterima," katanya.

Sementara itu, mengenai permohonan Malaysia bagi mendapatkan kuota tambahan, Syed Hamadah memaklumkan kerajaan Arab Saudi belum memberi maklum balas.

Beliau berkata keputusan permohonan kuota tambahan itu lazimnya dimaklumkan oleh kerajaan Arab Saudi pada pertengahan hingga akhir Syawal.

"Kita minta 10,000 kuota tambahan, perkara ini dibuat menerusi surat diutuskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar kepada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Tennessee viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bukit Aman’s Special Branch deputy director Deputy' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE ' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Hospital Pasir Gudang hampir siap, dijangka berope' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 3 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 4 hrs 12 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 4 hrs 13 mins ago