Translate

20 March 2025

Guru ditahan disyaki pukul murid guna buku



Guru ditahan disyaki pukul murid guna buku

Bernama

20/03/2025


Menurut sumber, mangsa telah dirujuk di Hospital Melaka untuk rawatan susulan memandangkan emosi murid itu yang semakin tidak dapat dikawal.


MELAKA: Polis menahan seorang guru selepas disyaki memukul seorang murid perempuan menggunakan buku dan menarik rambut di tepi telinganya ketika berada di dalam kelas sehingga mendatangkan trauma kepada mangsa.

Menurut sumber, keadaan itu menyebabkan murid berusia 10 tahun yang bersekolah di Alor Gajah itu dikatakan takut untuk datang ke sekolah pada 14 Mac lepas akibat perbuatan guru lelaki bahasa Inggeris berumur 44 tahun itu.

"Ibu mangsa berusia 34 tahun kemudian membuat laporan polis pada Selasa lepas (18 Mac) kerana anaknya telah dirujuk ke bahagian psikiatri Hospital Melaka.

"Mangsa telah dirujuk di Hospital Melaka untuk rawatan susulan memandangkan emosi murid itu yang semakin tidak dapat dikawal dan keputusan laporan pegawai perubatan ialah alleged physical abuse by known person," menurut sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Muktar mengesahkan menerima laporan bagi kes terbabit dan tangkapan dibuat pada 4 petang semalam di Pejabat D11 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sewaktu dipanggil untuk memberi keterangan.

"Permohonan reman akan dibuat pada hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Clacton-on-sea viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 7 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kalau Nak Jual Patut DBKL Datang Bincang Dulu Alih' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Iowa viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kestabilan politik penting untuk pastikan kerajaan' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr 34 mins ago