Translate

21 March 2025

KPDN rampas toner tiruan bernilai RM90,000



KPDN rampas toner tiruan bernilai RM90,000

Bernama

21/03/2025


Azman berkata pemilik cap dagang mengesahkan kesemua toner yang ditemukan di dalam lori itu adalah barang tiruan. - Foto fail/BERNAMA


KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kuala Krai merampas 277 toner disyaki tiruan bernilai lebih RM90,000 di sini semalam.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata rampasan dilakukan kira-kira 10.30 pagi selepas pegawai penguat kuasa memeriksa sebuah lori Isuzu bernombor pendaftaran tempatan dipercayai sedang membekalkan toner menggunakan cap dagangan tidak sah.

"Pemilik cap dagang mengesahkan kesemua toner yang ditemukan di dalam lori itu adalah barang tiruan. Kes disiasat mengikut Seksyen 102(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan demi melindungi hak pengguna.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Ambulans bawa pesakit terbabas, langgar pokok di M' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun kepada' 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki bersenjatakan pistol rompak kedai emas di K' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ramanan sampaikan sumbangan RM190,000 kepada 16 ma' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet ' 58 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 59 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Diesel prices to drop by 5 cents from tomorrow | B' 1 hr 1 min ago
A visitor from Singapore viewed 'Datuk rayu sumbangan untuk bantu rawatan cucu hida' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Datuk rayu sumbangan untuk bantu rawatan cucu hida' 1 hr 11 mins ago