Translate

21 March 2025

KPDN rampas toner tiruan bernilai RM90,000



KPDN rampas toner tiruan bernilai RM90,000

Bernama

21/03/2025


Azman berkata pemilik cap dagang mengesahkan kesemua toner yang ditemukan di dalam lori itu adalah barang tiruan. - Foto fail/BERNAMA


KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kuala Krai merampas 277 toner disyaki tiruan bernilai lebih RM90,000 di sini semalam.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata rampasan dilakukan kira-kira 10.30 pagi selepas pegawai penguat kuasa memeriksa sebuah lori Isuzu bernombor pendaftaran tempatan dipercayai sedang membekalkan toner menggunakan cap dagangan tidak sah.

"Pemilik cap dagang mengesahkan kesemua toner yang ditemukan di dalam lori itu adalah barang tiruan. Kes disiasat mengikut Seksyen 102(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan demi melindungi hak pengguna.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Jeddah viewed 'Suami isteri maut kereta bertembung lori | BEST FB' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Terengganu umum Ahad hari kelepasan am' 11 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 11 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 14 mins ago
A visitor from New york viewed 'Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, n' 15 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Pelbagai persepsi terhadap PDRM di media sosial, n' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Farid Kamil Dan Diana Danielle Bercerai Kali Kedua' 17 mins ago
A visitor from Tokyo viewed 'Kes penipuan cip AI Nvidia dalam siasatan, MITI te' 20 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Astro caps off FY25 with content triumphs, quarter' 21 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 23 mins ago