Pemandu kontena khayal tetap memandu tayar lori telah pecah
Pemandu kontena khayal tetap memandu tayar lori telah pecah
Bernama
27/03/2025

Seorang pemandu kontena didapati bukan sahaja memandu di bawah pengaruh dadah, malah telah meneruskan perjalanan dengan sebiji tayar kenderaan itu yang pecah dari Taiping, Perak ke Perai. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu kontena didapati bukan sahaja memandu di bawah pengaruh dadah, malah telah meneruskan perjalanan dengan sebiji tayar kenderaan itu yang pecah dari Taiping, Perak ke Perai, dekat sini, dipercayai ketika mahu mengambil barang dagangan.
Namun lelaki berusia 45 tahun itu ditahan dalam Operasi Khas sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025, yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang bersama beberapa agensi di Plaza Tol Juru hala utara, malam tadi.
Pengarah JPJ negeri, Zulkifly Ismail berkata, kontena itu, ditahan untuk pemeriksaan dan pemandunya dipercayai berada dalam keadaan khayal kerana ujian air kencing dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mendapati beliau positif ganja, selain mendapati tayar celup kontena berkenaan mempunyai stiker kelulusan SIRIM yang meragukan.
"Kemungkinan ia (tayar celup yang telah pecah) ciplak, malah saya rasa dia memandu pun dalam keadaan separuh sedar kerana di bawah pengaruh dadah, jadi mungkin sebab itu tidak sedar tayar tersebut telah rosak teruk serta pecah.
"Tindakan lelaki itu yang tetap memandu kontena tersebut walaupun tayar telah rosak dan pecah sangat berbahaya, bukan sahaja kepada kenderaan tersebut malah pengguna jalan raya yang lain kerana ia boleh mengakibatkan kegagalan brek dan sebagainya malah lebih teruk menyebabkan kemalangan," katanya kepada pemberita selepas operasi itu malam tadi.
Operasi khas selama empat jam itu dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan AADK.
Zulkifly berkata, dalam operasi bermula 8.30 malam itu, pemandu kontena tersebut juga tidak memberikan sebarang alasan berkenaan tayar celup yang telah rosak serta pecah itu dan AADK telah menahannya untuk siasatan lanjut, manakala lori itu ditahan oleh untuk pemeriksaan oleh JPJ Pulau Pinang.
Beliau berkata, penguatkuasaan yang dijalankan pihaknya juga mendapati ramai pengusaha lori masih menggunakan tayar celup tidak mengikut piawaian, bagi menggantikan tayar yang sudah botak dipercayai kerana lebih murah.
"Penguatkuasaan yang dijalankan apa yang kita dapati memang masih terdapat banyak lagi pengusaha lori yang menggunakan tayar-tayar celup tanpa kelulusan atau tidak mematuhi piawaian ditetapkan SIRIM, dan ia sebenarnya boleh menyebabkan kemalangan, jadi kami akan meneruskan operasi mengesan kenderaan gagal mematuhi tersebut," katanya.
Sementara itu, Zulkifly berkata, operasi HRA 2025 dijalankan bermula 28 Mac hingga 18 April dan objektifnya ialah memantau pergerakan perjalanan pengguna jalan raya dengan lebih selamat dan kelancaran serta kecekapan operasi kenderaan perdagangan perkhidmatan awam, bagi meningkatkan keselamatan, kualiti dan keboleharapan perkhidmatan kepada pengguna.
Beliau berkata, bagi memastikan aktiviti penguatkuasaan berjalan dengan lancar sepanjang operasi itu, seramai 210 penguat kuasa JPJ Pulau Pinang bertugas dan cuti kesemua petugas bahagian penguatkuasaan juga telah dibekukan sepanjang tempoh tersebut.
"Terdapat beberapa kaedah penguatkuasaan dalam operasi HRA kali ini antaranya pemeriksaan dan pemantauan serta audit pematuhan bas ekspress di Terminal Bas Sungai Nibong dan Terminal Bas Penang Central bagi memastikan keselamatan kenderaan tersebut dan JPJ juga menjalankan rondaan berkala di semua lebuh raya serta jalan raya di negeri ini," katanya.
Selain itu, Zulkifly berkata, pihaknya juga meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di empat kawasan kerap berlaku kesesakan atau kemalangan di negeri itu, sepanjang operasi tersebut.
Beliau berkata, kawasan berkenaan ialah Jalan Butterworth-Sungai Dua-Sungai Petani, laluan Jalan Baru Perai-Bukit Mertajam-Seberang Jaya, laluan Jalan Permatang Tinggi-Jalan Simpang Ampat-Jalan Bandar Cassia-Jalan Butterworth Taiping dan laluan Lebuhraya Dr Lim Chong Eu-Masjid Negeri-Jalan Sultan Azlan Shah-Bayan Baru.
"Pasukan penguat kuasa akan membuat rondaan di semua laluan tersebut bagi penguatkuasaan dan persepsi akan ditahan. Ini kerana dengan kehadiran pasukan penguat kuasa, pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati serta mematuhi peraturan sekali gus menjadikan jalan raya lebih selamat," katanya.
Beliau berkata, selain jumlah pasukan ronda mengikut syif di laluan tersebut ditingkatkan, pihaknya juga akan menggerakkan pasukan penguatkuasaan Unit Penguatkuasaan Bermotosikal bagi mengekori dan merakam kesalahan lalu lintas selain membuat penyamaran sebagai penumpang bas bagi mengesan pemandu yang gagal mematuhi peraturan.
"Kaedah itu bertujuan menimbulkan kesedaran kepada semua pemandu bahawa mereka sentiasa diperhatikan dan dikenakan tindakan sekiranya melakukan kesalahan lalu lintas," katanya.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
Popular Posts - Last 30 days
Blog Archive
-
▼
2025
(6631)
-
▼
Mar 2025
(1165)
- Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat...
- Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ...
- Pengunjung Luar Negara, Warga Asing Memenuhi KLCC ...
- Empat Cedera Lantai Rumah Runtuh Ketika Beraya
- Anggota tentera dikatakan tumbuk pemandu wanita di...
- Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malay...
- Polis tahan lelaki larikan kereta bersama kanak-ka...
- Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ...
- Laporan insiden lelaki OKU maut digilis tren dihan...
- Syawal dalam tugas: PDRM kekal teguh jaga keamanan...
- Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa bumi
- Sultan Nazrin berangkat ke majlis hari raya pering...
- Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K...
- Identiti Tiga Mangsa Maut Dikenal Pasti
- Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat...
- Bulan Sabit Merah Palestin dapatkan semula 14 maya...
- 36 gempa susulan selepas gempa bumi dahsyat landa ...
- Juruaudit syarikat rugi RM1.29 juta terperdaya pel...
- Umat Islam Bangkok sambut 1 Syawal dalam suasana s...
- Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran m...
- Pasukan SMART selamat tiba di lokasi operasi di Sa...
- Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ...
- Jadikan Aidilfitri medium erat hubungan antara kau...
- Preston North End 0-3 Aston Villa | Quarter-Final ...
- Bournemouth 1-2 Manchester City | Quarter-Final | ...
- Hari raya pererat hubungan: Diplomat asing sambut ...
- Perpaduan mesti dipelihara bagai menatang minyak y...
- Serangan ganas Israel di Palestin antara topik per...
- Ketua kerajaan negeri ucap Selamat Hari Raya Aidil...
- Jemaah Menteri ajak rakyat manfaatkan Aidilfitri k...
- Kanak-kanak meninggal dunia kemalangan di Terowong...
- Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kend...
- Muslims in Singapore celebrate Eid al-Fitr on Marc...
- Mohamad Hasan laksana misi kemanusiaan ke Myanmar,...
- Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilftri esok, ...
- Polis lepas tembakan, tahan tiga lelaki cuba rempu...
- 'Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen...
- ICQS Rantau panjang sesak, ribuan perantau Malaysi...
- Peniaga, PBT perlu bertanggungjawab dalam menjalan...
- Gempa bumi susulan 5.1 skala Richter landa utara M...
- Kes tular: Polis tahan anggota tentera 'tumbuk' pe...
- ASEAN adakan mesyuarat khas tergempar bincang kesa...
- Wanita Parah Tersepit, Empat Lagi Termasuk Bayi Te...
- 10 Gajah 'Sambut' Perantau Di Tasik Banding
- Polis terima laporan daripada ibu ‘Abang Belon’
- 2 killed in light aircraft crash in Philippines
- Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam...
- Gempa bumi 5.2 skala Richter gegarkan Aceh
- Isu penjaja belon: DBKL rehatkan anggota terlibat ...
- Small plane crashes in Minnesota after close call ...
- Linda Mudzenda's voice oozed SOUL in GOLDEN BUZZER...
- ABANG BELON DEDAH CERITA SEBENAR - SATU MALAYSIA K...
- Korban Gempa Bumi Di Myanmar Terus Meningkat
- Kebanyakan Negara Arab Sambut Aidilfitri Hari Ini
- ‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang
- 50 Anggota SMART Berlepas Ke Myanmar Pagi Tadi
- Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta
- Nahas ragut lima nyawa: JPJ siasat audit keselamat...
- 21 kenderaan berat langgar perintah larangan berge...
- Op Sarang: 144 termasuk pengedar, penagih ditahan
- Nottingham Forest and Crystal Palace through to FA...
- Erling Haaland Under Police Investigation After In...
- Aidilfitri: Tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak...
- SMART: Pasukan Penyelamat Malaysia diiktiraf dunia...
- Pembiayaan kerajaan sebanyak RM131.5 juta bantu PK...
- Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ...
- Aidilfitri: Polis kenal pasti 66 'blackspot', perk...
- Jalan Gua Musang-Kuala Lipis semakin sesak, pertam...
- Gempa bumi Myanmar: Angka kematian lebih 1,600
- Gempa bumi: Pulau Pinang tidak terkesan, Komtar di...
- Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gega...
- Suspek pecah rumah di Subang Jaya selesai jalani p...
- Kereta terbakar dipercayai akibat mercun
- Umat Islam di Indonesia sambut Aidilfitri pada Isnin
- FAMA sasar RM250,000 jualan Program Mantai Semarak...
- Cadangan undang-undang FOI perlu cermin realiti Ma...
- Millions Travel Across Indonesia For Eid Al-Fitr C...
- Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna...
- Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho...
- Aidilfitri: Kenderaan keluar dari ibu kota meningk...
- Gempa bumi: Pasukan berbasikal wanita Kedah selama...
- PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada...
- Insiden peniaga belon jalan TAR: Tindakan tegas, s...
- 694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi...
- Berbuka 3 minit awal, jemaah masjid di Johor dinas...
- Insiden peniaga belon jalan TAR: Penguat kuasa DBK...
- Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR
- Gempa bumi: Malaysia hantar 50 anggota pasukan ban...
- U Mobile terima surat anugerah dari MCMC untuk ran...
- Syarikat rugi lebih RM40,000 wang jualan dilarikan...
- Pesara guru rugi RM200,000 angkara 'phone scam'
- GEMPA THAILAND, MYANMAR - Rakyat Malaysia Jadi Her...
- DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon?
- Malaysia hantar pasukan NADMA sokong usaha bantuan...
- Op Selamat 24: Polis Perlis laksana pemantauan rap...
- Malaysia hantar bantuan kemanusiaan, sertai SAR di...
- JIM Kedah gagal cubaan pemalsuan identiti remaja w...
- Not yet authorized to Real Madrid, Liverpool fans ...
- Southeast Asia earthquake: At least 150 dead and h...
- Lebuh Raya jam teruk malam tadi
- Loke orders thorough probe into Kluang fatal crash
- Majikan Rasis Pukul Bodyguard Berpuasa Dipenjara
- Myanmar junta declares state of emergency in multi...
- Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se...
- Berhati-hati memandu pulang ke kampung halaman - S...
- Tiada keluhan tidak dapat tiket penerbangan - Loke
- MIDA perkenal Pas Pelabur untuk galak pelaburan asing
- Hajat sesi foto raya keluarga tidak kesampaian
- PM agih 28,000 ekor ayam segar di Parlimen Permata...
- Projek tambak tanah di Persiaran Karpal Singh tida...
- Tiada hukuman murid tidak pakai lencana Jalur Gemi...
- Bangkok Skyscraper Collapses After Earthquake – Do...
- Semua pihak perlu beradab apabila buat hantaran be...
- Penerbangan Asiana dari Filipina ditangguh lebih 1...
- SC kemas kini garis panduan tawaran saham syarikat...
- Taktik penipuan menyamar pegawai AADK dikesan, kel...
- PM Anwar zahir kebimbangan mendalam susulan gempa ...
- Kanak-kanak autistik hilang selepas keluar rumah
- Aidilfitri: Taxpayers advised to check, settle tax...
- Ibu dan anak didakwa sebabkan kecederaan dua berad...
- Kerajaan lulus RM38 juta untuk pengangkutan gula k...
- Bayaran dam, korban Tanah Suci ditetapkan RM875 ba...
- Tun M Doakan Jamal Sihat, Mohon Maaf
- Mekanisme Rasionalisasi Subsidi RON95 Selesai, Han...
- Gempa turut dirasai di beberapa negeri Semenanjung...
- Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar
- Aidilfitri: Pembayar cukai diingat semak, lunas cu...
- Semua pihak perlu hormati kedudukan Islam sebagai ...