Translate

14 March 2025

Passengers evacuate burning plane at Denver airport













Pesawat American Airlines terbakar di lapangan terbang Denver

Bernama

14/03/2025


Selepas mendarat dengan selamat dan menuju ke pintu pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, pesawat American Airlines itu mengalami masalah berkaitan enjin. - Gambar hiasan


WASHINGTON: Sebuah pesawat American Airlines terbakar selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada petang Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.

Menurut pihak lapangan terbang, pesawat itu berada di pintu pelepasan C38 dengan kepulan asap jelas kelihatan.

"Selepas mendarat dengan selamat dan menuju ke pintu pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver (DEN), Penerbangan 1006 American Airlines mengalami masalah berkaitan enjin," menurut kenyataan lapangan terbang itu.

Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal dipindahkan ke terminal tanpa sebarang kecederaan, menurut laporan.

.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED