Translate

18 March 2025

Ops Khas HRA 2025: JPJ pantau lebih 15 'hotspot' di Kelantan



Ops Khas HRA 2025: JPJ pantau lebih 15 'hotspot' di Kelantan

Bernama

18/03/2025


Mohd Misuari (tiga dari kanan) ketika menghadiri Sesi Libat Urus dan Gimik Pelancaran Operasi HRA 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Stesen Penguatkuasa JPJ Bukit Jawa, pada Isnin. - Gambar Bernama


PASIR PUTEH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau lebih daripada 15 kawasan 'hotspot' di seluruh Kelantan menerusi Op Hari Raya (Op HRA) 2025 yang akan bermula pada 24 Mac hingga 8 April ini.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, operasi itu turut melibatkan beberapa jalan utama Persekutuan yang sering berlaku kemalangan seperti di Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Puteh, Machang dan Jeli.

"Kita jangkakan lebih dua juta kenderaan akan memasuki Kelantan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti dan anggota kita akan membuat rondaan bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar dengan kerjasama daripada agensi keselamatan lain termasuk polis.

"Kita juga telah mula menguatkuasakan penggunaan lampu amaran 'amber light' bermula hari ini hingga 8 April depan di beberapa lokasi di seluruh Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Sesi Libat Urus dan Gimik Pelancaran Operasi HRA 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Stesen Penguatkuasa JPJ Bukit Jawa, di sini, pada Isnin, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi.

Sementara itu, Jazmanie berkata, teknik penyamaran akan terus dilakukan sepanjang Op HRA 2025 bagi mengurangkan kesalahan jalan raya membabitkan pengangkutan awam.

"Saya harap semua pemandu sentiasa komited mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan jalan raya berada pada tahap optimum terutama ketika musim perayaan Aidilfitri," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuching viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 13 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 25 mins ago
A visitor from Bayan lepas viewed 'Gobind Singh berpotensi teruskan legasi politik Ka' 31 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang senarai 10 projek keutamaan permohona' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih se' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong ' 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 1 hr 4 mins ago