Translate

28 March 2025

Nahas Padang Besar: Remaja 16 tahun meninggal dunia selepas 20 hari bertarung nyawa



Nahas Padang Besar: Remaja 16 tahun meninggal dunia selepas 20 hari bertarung nyawa

Bernama

28/03/2025


Umar Haziq Rahimi. - Foto BERNAMA


KANGAR: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut nyawa bapanya, seorang pesara tentera, pada 7 Mac lalu berhampiran Padang Besar, meninggal dunia semalam, selepas 20 hari bertarung dengan kecederaan serius di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata Umar Haziq Rahimi, disahkan meninggal dunia oleh doktor pada pukul 4.30 petang akibat 'Severe Traumatic Brain Injury with Polytrauma'.

"Pihak polis menerima panggilan daripada pihak hospital pada pukul 5.17 petang memaklumkan bahawa mangsa, yang telah dirawat selama 20 hari di HTF, telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 8 Mac lepas, media melaporkan seorang pesara tentera maut manakala anak lelakinya cedera parah apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta Honda Civic di Jalan Dato Kayaman, Beseri, pada 7 Mac.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Sarih Salleh berkata kejadian berlaku sekitar 7.45 malam dan mangsa berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anaknya yang merupakan pembonceng motosikal dibawa ke HTF untuk menerima rawatan.

Sarih berkata pemandu lelaki Honda Civic, yang berusia 33 tahun, turut mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di HTF.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kansas viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 22 mins ago
A visitor from Bandung viewed 'Berikutan video samun dalam lif yang viral, polis ' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Juadah Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI Diagih Kepa' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Ruislip viewed ''Saya hanya jual belon, bukan dadah' | BEST FBKL' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu kereta merah tampil' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SIDANG MEDIA KETUA POLIS SELANGOR OP GAS PUTRA HEI' 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Presiden Indonesia Prabowo ke Kuala Lumpur, bertem' 42 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 43 mins ago