Translate

17 March 2025

Masih ada peniaga bazar Ramadan tidak letak tanda harga



Masih ada peniaga bazar Ramadan tidak letak tanda harga

Bernama

17/03/2025


Pemeriksaan menerusi Op Pantau dijalankan bagi memastikan peniaga-peniaga mematuhi undang-undang dikuatkuasakan kementerian berkenaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. - Gambar hiasan/Bernama


KUALA LUMPUR: Masih terdapat segelintir peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar ibu negara yang culas untuk meletakkan tanda harga pada barang jualan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesalahan itu dikesan dalam pemeriksaan yang dijalankan pihak penguat kuasa sejak 2 Mac lepas terhadap 2,000 gerai bazar Ramadan dan Aidilfitri.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan menerusi Op Pantau dijalankan bagi memastikan peniaga-peniaga mematuhi undang-undang dikuatkuasakan kementerian berkenaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

"Tahap pematuhan berkaitan tanda harga adalah baik, namun didapati masih ada segelintir peniaga culas meletakkan tanda harga sehingga diberi teguran oleh anggota penguat kuasa yang bertugas membuat rondaan pemeriksaan.

"Pemeriksaan antara lain memfokuskan pemantauan ke atas beberapa perkara antaranya berkaitan bekalan barang, harga barang, jualan murah, penggunaan alat timbangan, penjualan barang tiruan atau cetak rompak, halal dan penjualan barang-barang keperluan Hari Raya Aidilfitri," menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memaklumkan 99 anggota penguat kuasa KPDN dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemeriksaan di 40 bazar Ramadan dan dua bazar Aidilfitri.

Dalam pada itu, pemantauan harga juadah berbuka puasa di bazar Ramadan sekitar ibu kota mendapati rata-rata peniaga mengekalkan harga jualan seperti tahun lepas meskipun terdapat kenaikan harga makanan berasaskan daging atau kambing, air balang dan kuih-muih.

"Kenaikan harga ini boleh berlaku sekiranya ada kenaikan atau perubahan kos dan sebagainya," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, KPDN menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati dan mengelakkan pembelian barangan atau juadah yang tidak mempunyai tanda harga atau memaparkan harga mengelirukan kerana ia boleh menjadi petunjuk awal kepada manipulasi harga.

Setakat ini, hanya empat aduan berkaitan bazar Ramadan direkodkan melalui sistem e-aduan KPDN Kuala Lumpur.

"Tiga daripada aduan itu melibatkan video tular berkaitan peniaga yang menjual air limau pada harga RM10 dan bihun sup berharga RM20 di Bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman serta peniaga kuih apam talam yang mengenakan RM2 bagi tambahan kelapa parut di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail.

"Siasatan mendapati selepas video mereka tersebar, peniaga-peniaga berkenaan tidak lagi berniaga di lokasi masing-masing, namun pemeriksaan semula akan dilakukan oleh anggota penguat kuasa bagi memastikan kepatuhan peniaga sepanjang tempoh Ramadan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 3 hrs 49 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 4 hrs 15 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 4 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada Lagi Lesen Import Baharu Rokok Mulai 1 Janua' 5 hrs 10 mins ago