Translate

16 March 2025

Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran



Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran

Bernama

16/03/2025


Sebuah kilang kitar semula di Jalan Perindustrian Bukit Minyak di Bukit Mertajam musnah dalam kebakaran hari ini. - JBPM Pulau Pinang via Bernama


BUKIT MERTAJAM: Sebuah kilang kitar semula di Jalan Perindustrian Bukit Minyak di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Kebakaran itu yang menyebabkan kepulan asap tebal menyelubungi kawasan berhampiran bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan jiwa atau kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.37 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda terus ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, pihak bomba mendapati sebuah kilang kitar semula dengan anggaran keluasan bangunan 2,000 meter persegi terbakar dan api ketika itu sedang marak dan sehingga petang, kilang tersebut musnah lebih 90 peratus.

"Pihak bomba membuat kerja-kerja pengawalan dan pemadaman bagi mengawal api daripada terus merebak dengan membahagikan kepada empat sektor sebelum kebakaran itu dapat dikawal pada 2.02 petang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sehingga 7 malam ini, pihak bomba masih menjalankan kerja-kerja overhaul atau pemeriksaan di kilang itu bagi memastikan bara musnah sepenuhnya.

Menurut Mohamad Shoki punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi turut dibantu lebih 100 pegawai dan anggota bomba dari BBP Paya Terubong, Sungai Bakap, Batu Kawan dan Bukit Mertajam serta Pasukan Bomba Sukarela Padang Lalang, Permatang Tinggi, Kota Permai, Taman Merak Jaya dan Juru.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 3 secs ago
A visitor from Melaka viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Batik Air kemas kini peraturan bawa 'power bank', ' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BN selesai muktamad calon - Zambr' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Had tempoh PM 10 tahun bukan bahan politik perkaum' 38 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Doctor Killed in Superbike Crash at Karak Highway ' 44 mins ago