Translate

03 March 2025

Kes lupus e-sisa haram: SPRM sita 61 akaun bank dengan nilai RM15 juta



Kes lupus e-sisa haram: SPRM sita 61 akaun bank dengan nilai RM15 juta

Bernama

03/03/2025


Operasi itu susulan hasil risikan yang dipercayai terdapat pemilik syarikat dan pegawai dagang disyaki menyogok penguat kuasa untuk memproses dan melupus sisa elektronik yang tidak dibenarkan. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini telah menyita sebanyak 61 akaun bank dengan nilai keseluruhan RM15 juta berhubung kes pemprosesan dan pelupusan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) secara haram.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata pihaknya turut melakukan tangkapan terhadap 26 individu, termasuk pemilik dan pengarah syarikat serta pegawai penguat kuasa.

"Kita percaya bahawa penguat kuasa yang kita tangkap ini, bertindak melindungi pusat pengumpulan e-sisa terlibat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Ahmad Khusairi berkata seramai 420 pekerja warga asing di tapak pelupusan e-sisa turut ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berhubung kes tersebut.

Terdahulu, sebanyak 12 kilang sisa elektronik di Telok Panglima Garang, Selangor dan Buloh Kasap, Segamat, Johor diserbu melalui operasi bersepadu yang turut disertai JIM dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Operasi itu susulan hasil risikan yang dipercayai terdapat pemilik syarikat dan pegawai dagang disyaki menyogok penguat kuasa untuk memproses dan melupus sisa elektronik yang tidak dibenarkan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 ta' 22 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 ta' 31 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC opens two investigation papers involving Sapu' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adeg' 3 hrs 25 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adeg' 3 hrs 39 mins ago