Translate

18 March 2025

Keputusan pemilihan CEC DAP tidak ada kaitan kedudukan dalam Kabinet - Loke



Keputusan pemilihan CEC DAP tidak ada kaitan kedudukan dalam Kabinet - Loke

Bernama

18/03/2025


Anthony Loke berkata, semua anggota Kabinet sedia ada dalam parti itu kekal, selain tiada rombakan yang akan dicadangkan parti susulan pemilihan CEC. - Gambar Bernama


SEREMBAN: Keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Ahad hanya melibatkan urusan dalaman parti dan tidak membabitkan kedudukan pemimpin parti itu dalam Kabinet Kerajaan MADANI.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, semua anggota Kabinet sedia ada dalam parti itu kekal, selain tiada rombakan yang akan dicadangkan parti susulan pemilihan CEC.

"Jadi Menteri atau Timbalan Menteri, sama ada mereka ahli CEC atau tidak pada waktu ini, mereka akan terus berkhidmat dengan jawatan sedia ada. Syor (pertukaran) datang daripada parti, tidak boleh daripada individu dan parti tidak syorkan apa-apa kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak buat perubahan.

"Kalau Perdana Menteri hendak buat rombakan sudah tentu beliau akan tanya pandangan parti juga. Saya selaku Setiausaha Agung DAP tidak akan membuat apa-apa cadangan kepada Perdana Menteri untuk membuat sebarang perubahan, ia adalah status quo," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Pengangkutan bersama Pemimpin Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, di sini, pada Isnin.

Terdahulu, seramai 30 pemimpin dipilih menganggotai CEC DAP selepas tamat sesi pengundian yang dijalankan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, semalam.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo memperoleh undian tertinggi dengan 2,785 undi, diikuti Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen (2,631 undi) dan Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching (2,585 undi).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuching viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 13 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 25 mins ago
A visitor from Bayan lepas viewed 'Gobind Singh berpotensi teruskan legasi politik Ka' 31 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang senarai 10 projek keutamaan permohona' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih se' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong ' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 1 hr 4 mins ago