Keazaman politik, insentif industri, dasar penting perkasa peranan wanita
Keazaman politik, insentif industri, dasar penting perkasa peranan wanita
Bernama
10/03/2025

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri melancarkan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut Sabtu lepas menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan pemerkasaan golongan itu bagi meningkatkan peranan mereka dalam pembangunan masyarakat dan negara.
Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja baik di sektor awam mahupun swasta namun kekurangan keterlibatan golongan itu pada peringkat pembuat dasar perlu diberi perhatian.
Dalam usaha untuk mencapai hasrat itu, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Prof Datuk Dr Massila Kamalrudin berkata tiga aspek yang perlu diberi perhatian ialah keazaman politik, insentif kerajaan kepada industri serta dasar dan perundangan.
Beliau berkata keazaman politik merupakan asas untuk memperkukuh peranan wanita dalam sektor pembangunan memandangkan penyertaan mereka dalam politik ketika ini masih rendah iaitu hanya 13.5 peratus ahli Dewan Rakyat wanita bagi Parlimen ke-15.
"Peningkatan komitmen politik diperlukan untuk menggalakkan lebih ramai wanita menceburi bidang politik termasuk menetapkan kuota minimum bagi calon wanita dalam pilihan raya dan menyediakan program latihan kepimpinan khusus untuk wanita," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata insentif kerajaan seperti pengecualian cukai atau subsidi kepada syarikat yang mengamalkan dasar mesra wanita seperti waktu kerja fleksibel dan kemudahan penjagaan anak pula penting dalam menggalakkan penyertaan mereka dalam sektor pekerjaan.
Massila berkata penggubalan dan penguatkuasaan dasar serta undang-undang yang menyokong kesaksamaan gender juga adalah kritikal termasuk bagi melarang diskriminasi berdasarkan jantina di tempat kerja dan dasar yang memastikan peluang kenaikan pangkat saksama bagi wanita.
"Sebagai perbandingan, negara-negara Eropah yang menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak yang komprehensif dan melaksanakan dasar antidiskriminasi yang tegas terhadap wanita mengandung telah menunjukkan peningkatan ketara dalam penyertaan wanita dalam tenaga kerja.
"Sebagai contoh, negara-negara seperti Sweden dan Norway mempunyai kadar penyertaan tenaga kerja wanita yang tinggi, yang dikaitkan dengan dasar sokongan keluarga yang kukuh dan persekitaran kerja yang inklusif," katanya.
Walaupun masih ada segelintir pihak yang berpandangan bahawa wanita akhirnya kembali kepada peranan domestik, beliau berkata perubahan dasar, peningkatan akses kepada pendidikan serta kesedaran gender yang semakin meluas telah membuka ruang kepada wanita untuk berkembang dalam pelbagai sektor.
Pengarah Program Peningkatan Eksekutif Ghazali Shafie (GSEEP) Universiti Utara Malaysia (UUM) Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin pula berkata fokus utama Dasar Wanita Negara 2025-2030 adalah penting khususnya dalam melindungi wanita daripada isu keselamatan pekerjaan, gangguan seksual dan hak ibu bekerja.
Bagaimanapun katanya kejayaan dasar itu bergantung kepada mekanisme pelaksanaan yang efektif serta sokongan menyeluruh daripada sektor awam dan swasta.
"Pendekatan lebih holistik diperlukan termasuk dasar mesra ibu bekerja, peningkatan kuota kepimpinan wanita dalam sektor swasta dan pembentukan lebih banyak rangkaian sokongan keusahawanan wanita, selain memperkukuhkan pendidikan awal mengenai kesaksamaan gender bagi membentuk generasi yang lebih inklusif," katanya.
Mashitah berkata Malaysia telah menyaksikan lonjakan signifikan dalam pemerkasaan wanita dengan pelbagai inisiatif yang membuka ruang kepada keusahawanan, kepimpinan dan pendidikan tinggi namun cabaran seperti ketidaksamaan gaji, ketidakseimbangan sektor pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta kekangan budaya yang masih wujud.
Turut senada, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Nor Azira Ayob berkata usaha pemerkasaan wanita perlu dipertingkatkan menerusi pendidikan dan akses kepada pengetahuan yang berasaskan teknikal, teknologi, kejuruteraan dan pendidikan digital.
"Kecerdasan buatan (AI) hari ini membolehkan mereka bekerja walau di mana mereka berada dan lebih fleksibel, Ia juga menjadi sokongan kepada keusahawanan wanita untuk memulakan dan mengembangkan perusahaan mereka," katanya.
Beliau berkata dasar kerja fleksibel dan bekerja dari rumah perlu dipandang dengan lebih terbuka supaya wanita akan lebih proaktif dalam menyumbang kepakaran mereka sekiranya diberikan fleksibiliti untuk mengimbangi tanggungjawab kerja dan keluarga.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
Popular Posts - Last 30 days
Blog Archive
-
▼
2025
(6631)
-
▼
Mar 2025
(1165)
- Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat...
- Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ...
- Pengunjung Luar Negara, Warga Asing Memenuhi KLCC ...
- Empat Cedera Lantai Rumah Runtuh Ketika Beraya
- Anggota tentera dikatakan tumbuk pemandu wanita di...
- Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malay...
- Polis tahan lelaki larikan kereta bersama kanak-ka...
- Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ...
- Laporan insiden lelaki OKU maut digilis tren dihan...
- Syawal dalam tugas: PDRM kekal teguh jaga keamanan...
- Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa bumi
- Sultan Nazrin berangkat ke majlis hari raya pering...
- Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K...
- Identiti Tiga Mangsa Maut Dikenal Pasti
- Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat...
- Bulan Sabit Merah Palestin dapatkan semula 14 maya...
- 36 gempa susulan selepas gempa bumi dahsyat landa ...
- Juruaudit syarikat rugi RM1.29 juta terperdaya pel...
- Umat Islam Bangkok sambut 1 Syawal dalam suasana s...
- Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran m...
- Pasukan SMART selamat tiba di lokasi operasi di Sa...
- Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ...
- Jadikan Aidilfitri medium erat hubungan antara kau...
- Preston North End 0-3 Aston Villa | Quarter-Final ...
- Bournemouth 1-2 Manchester City | Quarter-Final | ...
- Hari raya pererat hubungan: Diplomat asing sambut ...
- Perpaduan mesti dipelihara bagai menatang minyak y...
- Serangan ganas Israel di Palestin antara topik per...
- Ketua kerajaan negeri ucap Selamat Hari Raya Aidil...
- Jemaah Menteri ajak rakyat manfaatkan Aidilfitri k...
- Kanak-kanak meninggal dunia kemalangan di Terowong...
- Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kend...
- Muslims in Singapore celebrate Eid al-Fitr on Marc...
- Mohamad Hasan laksana misi kemanusiaan ke Myanmar,...
- Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilftri esok, ...
- Polis lepas tembakan, tahan tiga lelaki cuba rempu...
- 'Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen...
- ICQS Rantau panjang sesak, ribuan perantau Malaysi...
- Peniaga, PBT perlu bertanggungjawab dalam menjalan...
- Gempa bumi susulan 5.1 skala Richter landa utara M...
- Kes tular: Polis tahan anggota tentera 'tumbuk' pe...
- ASEAN adakan mesyuarat khas tergempar bincang kesa...
- Wanita Parah Tersepit, Empat Lagi Termasuk Bayi Te...
- 10 Gajah 'Sambut' Perantau Di Tasik Banding
- Polis terima laporan daripada ibu ‘Abang Belon’
- 2 killed in light aircraft crash in Philippines
- Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam...
- Gempa bumi 5.2 skala Richter gegarkan Aceh
- Isu penjaja belon: DBKL rehatkan anggota terlibat ...
- Small plane crashes in Minnesota after close call ...
- Linda Mudzenda's voice oozed SOUL in GOLDEN BUZZER...
- ABANG BELON DEDAH CERITA SEBENAR - SATU MALAYSIA K...
- Korban Gempa Bumi Di Myanmar Terus Meningkat
- Kebanyakan Negara Arab Sambut Aidilfitri Hari Ini
- ‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang
- 50 Anggota SMART Berlepas Ke Myanmar Pagi Tadi
- Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta
- Nahas ragut lima nyawa: JPJ siasat audit keselamat...
- 21 kenderaan berat langgar perintah larangan berge...
- Op Sarang: 144 termasuk pengedar, penagih ditahan
- Nottingham Forest and Crystal Palace through to FA...
- Erling Haaland Under Police Investigation After In...
- Aidilfitri: Tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak...
- SMART: Pasukan Penyelamat Malaysia diiktiraf dunia...
- Pembiayaan kerajaan sebanyak RM131.5 juta bantu PK...
- Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ...
- Aidilfitri: Polis kenal pasti 66 'blackspot', perk...
- Jalan Gua Musang-Kuala Lipis semakin sesak, pertam...
- Gempa bumi Myanmar: Angka kematian lebih 1,600
- Gempa bumi: Pulau Pinang tidak terkesan, Komtar di...
- Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gega...
- Suspek pecah rumah di Subang Jaya selesai jalani p...
- Kereta terbakar dipercayai akibat mercun
- Umat Islam di Indonesia sambut Aidilfitri pada Isnin
- FAMA sasar RM250,000 jualan Program Mantai Semarak...
- Cadangan undang-undang FOI perlu cermin realiti Ma...
- Millions Travel Across Indonesia For Eid Al-Fitr C...
- Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna...
- Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho...
- Aidilfitri: Kenderaan keluar dari ibu kota meningk...
- Gempa bumi: Pasukan berbasikal wanita Kedah selama...
- PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada...
- Insiden peniaga belon jalan TAR: Tindakan tegas, s...
- 694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi...
- Berbuka 3 minit awal, jemaah masjid di Johor dinas...
- Insiden peniaga belon jalan TAR: Penguat kuasa DBK...
- Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR
- Gempa bumi: Malaysia hantar 50 anggota pasukan ban...
- U Mobile terima surat anugerah dari MCMC untuk ran...
- Syarikat rugi lebih RM40,000 wang jualan dilarikan...
- Pesara guru rugi RM200,000 angkara 'phone scam'
- GEMPA THAILAND, MYANMAR - Rakyat Malaysia Jadi Her...
- DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon?
- Malaysia hantar pasukan NADMA sokong usaha bantuan...
- Op Selamat 24: Polis Perlis laksana pemantauan rap...
- Malaysia hantar bantuan kemanusiaan, sertai SAR di...
- JIM Kedah gagal cubaan pemalsuan identiti remaja w...
- Not yet authorized to Real Madrid, Liverpool fans ...
- Southeast Asia earthquake: At least 150 dead and h...
- Lebuh Raya jam teruk malam tadi