Translate

18 March 2025

e-Ansuran LHDN boleh diakses di portal MyTax



e-Ansuran LHDN boleh diakses di portal MyTax

Bernama

18/03/2025


Menurut LHDN, antara kriteria pembayar cukai yang layak untuk memohon e-Ansuran ialah jumlah amaun permohonan melebihi RM300 dan ke atas dan jumlah bilangan ansuran dua hingga enam kali sahaja. - Gambar fail


PUTRAJAYA: Perkhidmatan permohonan ansuran untuk bayaran baki cukai atau tunggakan cukai secara dalam talian melalui e-Ansuran telah boleh diakses menerusi Portal MyTax bermula 5 Mac lepas.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan inisiatif itu diperkenalkan bagi memudahkan pembayar cukai membuat permohonan ansuran baki cukai atau tunggakan cukai dan mendapatkan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

Menurut LHDN, antara kriteria pembayar cukai yang layak untuk memohon e-Ansuran ialah jumlah amaun permohonan melebihi RM300 dan ke atas dan jumlah bilangan ansuran dua hingga enam kali sahaja.

"Kriteria lain ialah melibatkan ansuran cukai pendapatan sahaja dan tidak melibatkan ansuran yang sedang berkuat kuasa," menurut LHDN dalam kenyataan hari ini.

Pembayar cukai boleh mengakses perkhidmatan e-Ansuran dengan log masuk ke portal MyTax menerusi pautan https://mytax.hasil.gov.my/ dan memilih peranan yang berkaitan (Individu / Pengarah / Wakil Pengarah).

Sebagai maklumat tambahan, sebarang pembatalan permohonan e-Ansuran hanya boleh dilakukan di pejabat LHDN.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 9 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 34 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 46 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 46 mins ago
A visitor from Bayan lepas viewed 'Gobind Singh berpotensi teruskan legasi politik Ka' 52 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang senarai 10 projek keutamaan permohona' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih se' 1 hr 20 mins ago