Translate

12 March 2025

DAP lantik audit bebas antarabangsa pastikan pemilihan CEC bersih, telus



DAP lantik audit bebas antarabangsa pastikan pemilihan CEC bersih, telus

Bernama

12/03/2025


Steven Sim berkata badan audit bebas itu akan bertindak sebagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pemilihan tersebut. - Foto fail/BERNAMA


SHAH ALAM: DAP memberi jaminan proses pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Ahad ini, akan berlangsung secara bersih, telus dan adil dengan pengawasan ketat badan audit bebas antarabangsa yang dilantik sebagai pengendali rasmi.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim berkata badan audit bebas itu akan bertindak sebagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pemilihan tersebut.

Pada masa sama, beliau menolak dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees yang menyatakan wujudnya amalan politik wang atau cubaan membeli perwakilan dalam pemilihan CEC parti itu.

"Saya yakin dengan budaya DAP, perwakilan dan ahli bahawa tiada perkara seperti itu (politik wang dan beli perwakilan)," kata Sim yang juga Menteri Sumber Manusia di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian kepada pembeirta selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan TalentCorp bagi menjayakan Jelajah Wanita MyWIRA di sini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Sim yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas memandangkan Satees bukan lagi ahli DAP.

"Dia bukan sahaja bekas ADUN, tetapi bekas ahli. Jadi bagaimana dia boleh dapat maklumat semua itu. Beliau bukan ahli parti dan boleh cakap apa sahaja, kalau hendak pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) itu hak dia," katanya.

Pemilihan DAP pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hujung minggu ini menyaksikan 70 calon bakal merebut 30 jawatan dalam CEC.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Philippines Former President Duterte Arrested and ' 26 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Philippines Former President Duterte Arrested and ' 27 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 34 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 2 hrs 1 min ago