Translate

17 March 2025

Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permohonan injunksi terhadap Isham Jalil



Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permohonan injunksi terhadap Isham Jalil

Bernama

17/03/2025


Farhash Wafa memfailkan saman terhadap Isham Jalil atas dakwaan membuat dan menerbitkan video berunsur fitnah mengenai pemerolehan saham dalam sebuah syarikat. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak hari ini menarik balik permohonan injunksi terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil dalam kes saman fitnah berhubung isu pemerolehan saham sebuah syarikat.

Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menarik balik permohonan injunksi terhadap Isham Jalil dalam kes saman fitnah berhubung isu pemerolehan saham sebuah syarikat.

Farhash Wafa memfailkan saman terhadap Isham Jalil atas dakwaan membuat dan menerbitkan video berunsur fitnah mengenai pemerolehan saham dalam sebuah syarikat.

Mahkamah menetapkan 23 April untuk pengurusan kes selanjutnya dan perbicaraan penuh pada September 2026.

Peguam Aswath Ramakrishnan yang mewakili Farhash Wafa memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain.

"Tiada lagi keperluan mendesak untuk meneruskan permohonan (injunksi) itu. Pihak kami menarik balik permohonan terbabit dan mahkamah kemudian menetapkan 23 April ini untuk pengurusan kes selanjutnya," kata peguam itu dan memaklumkan tarikh perbicaraan kes saman ditetapkan pada September 2026.

Peguam Chetan Jethwani yang mewakili Isham atau nama sebenarnya Hizatul Isham Abdul Jalil yang mengesahkan perkara itu berkata permohonan injunksi itu bagi menghalang anak guamnya daripada membincangkan penglibatan plaintif (Farhash Wafa) dalam syarikat berkenaan.

Pada Mac 2024, Farhash Wafa memfailkan saman terhadap Isham selaku defendan atas dakwaan membuat dan menerbitkan video bertajuk "Kroni Anwar beli saham syarikat disenarai pendek kontrak imigresen RM1 bilion?" melalui TikTok @ishamjalilofficial pada 17 Mac tahun sama.

Dakwa plaintif, video berkenaan mengandungi pelbagai kenyataan bersifat fitnah yang dilemparkan terhadap beliau berikutan isu pemerolehan saham dalam sebuah syarikat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Isu had tempoh jawatan PM perlu dihujah dengan ada' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar ke' 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 17 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''DEFIES LOGI' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'e-Ansuran LHDN boleh diakses di portal MyTax | BES' 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasu' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 38 mins ago