Translate

29 January 2025

Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM550,000



Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM550,000

Bernama

29/01/2025


Antara barangan yang disita dalam serbuan dilakukan pada Ahad lalu.- Foto PDRM


MELAKA: Polis Melaka menumpaskan satu sindiket dadah didalangi tiga lelaki dan merampas barangan terlarang itu membabitkan nilai RM556,271 pada Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Melaka Datuk Md Nazri Zawawi berkata tiga lelaki tempatan berumur antara 17 hingga 49 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dalam satu serbuan di sebuah kediaman di Muar, Johor pada 8 malam.

"Antara dadah yang dirampas membabitkan heroin seberat 23,372 gram (g), syabu (10,200 g) dan pil Erimin 5 (275 biji) selain polis turut menyita sebuah kereta jenis Toyota Camry, barang kemas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM56,050.

"Keseluruhan nilai rampasan dadah serta sitaan harta dianggarkan bernilai RM612,321," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Md Nazri berkata sindiket berkenaan dipercayai bergiat aktif sejak pertengahan 2024 di sekitar kawasan Muar serta Jasin manakala dadah dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan yang boleh digunakan oleh 442,860 penagih.

Beliau berkata seorang suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik, namun ketiga-tiga mereka negatif dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

Ketiga-tiga suspek katanya, direman tujuh hari bermula 27 Jan hingga 2 Feb ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah yang boleh dihukum mati, penjara seumur hidup atau sebatan, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 20 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cacing ditemui dalam tin sardin jenama RANESA yang' 36 mins ago
A visitor from Iowa viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Des moines viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Boydton viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Delaware viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Barcelona 3-2 Real Madrid | Copa del Rey Final 202' 1 hr 49 mins ago