Translate

16 January 2025

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan



Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan

Bernama

16/01/2025


Armizan berkata untuk peraturan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, sesebuah syarikat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000, kesalahan berikut tidak lebih RM500,000. - Gambar fail


SHAH ALAM: Jumlah denda yang diperuntukkan undang-undang sedia ada ke atas mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo halal sudah tinggi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata berdasarkan peraturan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, sesebuah syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

"Mana-mana pihak yang melakukan representasi yang boleh mengelirukan umat Islam dalam konteks halal ini boleh dikenakan denda berkenaan (jika sabit kesalahan).

"Jadi kalau kita lihat dari segi undang-undang itu sebenarnya sudah tinggi yang boleh kita harap menjadi pencegahan kepada mereka (menyalahgunakan logo halal)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Usahawan Muda (PUM) peringkat kebangsaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini hari ini.

Armizan berkata untuk peraturan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, sesebuah syarikat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000, kesalahan berikut tidak lebih RM500,000.

Beliau berkata untuk individu pula, denda tidak lebih RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikut RM250,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, Armizan berkata KPDN bersedia mempertimbangkan cadangan bersifat konstruktif yang mampu menyumbang kepada peningkatan pematuhan masyarakat dalam menangani isu penyalahgunaan logo halal.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Jamali Mohd Adnan agar KPDN bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji keperluan menaikkan jumlah denda bagi penyalahgunaan logo halal jika kesalahan itu semakin berleluasa.

Media sebelum ini melaporkan KPDN membuka kertas siasatan terhadap sebuah kilang pembuat roti sandwic di Sunway Damansara, Petaling Jaya kerana disyaki menyalah guna logo halal.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Datuk Azman Adam dalam kenyataan pada 13 Jan lepas berkata kes disiasat di bawah Perenggan 4(1) Akta Perihal Dagangan 2011 dan Perenggan 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 4 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 10 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 15 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 16 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 35 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 45 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Watch Out!, JPJ and Police have come up with a lis' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 57 mins ago