Translate

01 January 2025

PUMA penaja baharu jersi Harimau Malaya



PUMA penaja baharu jersi Harimau Malaya

Bernama

01/01/2025


Kerjasama tersebut menggabungkan bersama dedikasi FAM terhadap sukan bola sepak, serta legasi inovasi dan kecemerlangan PUMA di dalam dan luar padang. - Foto Facebook FAM


KUALA LUMPUR: Jenama sukan antarabangsa, PUMA, kini merupakan penaja pakaian dan jersi rasmi skuad bola sepak kebangsaan, berkuat kuasa hari ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan kerjasama strategik dengan jenama sukan dari Jerman itu, menandakan satu pencapaian penting untuk bola sepak Malaysia.

Kenyataan itu memaklumkan kerjasama tersebut, menggabungkan bersama dedikasi FAM terhadap sukan nombor satu dunia itu, serta legasi inovasi dan kecemerlangan PUMA di dalam dan luar padang.

"Butiran lanjut mengenai perjanjian kerjasama FAM dan PUMA akan dimaklumkan pada majlis pelancaran yang akan diumumkan nanti," menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, FAM mengucapkan terima kasih kepada jenama sukan Nike yang menaja pakaian dan jersi rasmi Harimau Malaya sebelum ini selama 18 tahun bermula dari Januari 2007 hingga Disember 2024.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED