Translate

30 January 2025

2 Lelaki Cedera Dirempuh Dua Kenderaan Dipandu Melulu

 














Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu

Astro Awani

30/01/2025


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung sekumpulan lelaki yang cedera selepas dilanggar dua buah kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah kelab di Brickfields, ibu negara, pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyota Vios dilihat keluar secara tergesa-gesa dari sebuah bangunan tempat letak kereta sebelum merempuh kumpulan lelaki terbabit.

"Insiden tersebut menyebabkan dua individu mengalami kecederaan dengan salah seorang daripada mangsa telah dihantar ke hospital menaiki ambulans.

"Sehingga kini, kesemua mangsa masih belum membuat laporan polis.

"Bagaimanapun, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan kes sedang dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, atau melaporkannya di mana-mana balai polis berdekatan.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 20 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cacing ditemui dalam tin sardin jenama RANESA yang' 36 mins ago
A visitor from Iowa viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Des moines viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Boydton viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Delaware viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Barcelona 3-2 Real Madrid | Copa del Rey Final 202' 1 hr 49 mins ago