Translate

24 January 2025

Polis tahan lelaki disyaki terlibat tiga kes pecah rumah



Polis tahan lelaki disyaki terlibat tiga kes pecah rumah

Bernama

23/01/2025


Mohamad Hatta berkata semakan rekod mendapati suspek mempunyai 17 rekod jenayah termasuk sembilan jenayah narkotik dan ujian saringan air kencing didapati positif. - Gambar Bernama


SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai terlibat tiga kes pecah rumah sekitar daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata penahanan lelaki berusia 37 tahun pada 7.45 petang itu sekali gus menyelesaikan jenayah pecah rumah yang dilakukannya pada hari sama sekitar 3 hingga 6 pagi membabitkan anggaran kerugian keseluruhan RM10,000.

Beliau berkata turut dirampas termasuk beg tangan berjenama, wang tunai mata wang asing, jam tangan, telefon bimbit, minyak wangi, pakaian, beberapa utas cincin dan gold bar.

"Kira-kira 10 pagi semalam, kita terima laporan daripada seorang wanita memaklumkan rumahnya di Taman Desa Ros, Senawang dimasuki pencuri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Hatta berkata semakan rekod mendapati suspek mempunyai 17 rekod jenayah termasuk sembilan jenayah narkotik dan ujian saringan air kencing didapati positif.

Suspek kini direman empat hari bermula hari ini serta kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi talian Hotline IPD Seremban di 06-6033222.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED