Translate

27 January 2025

Polis tahan 14 lelaki disyaki berjudi



Polis tahan 14 lelaki disyaki berjudi

Bernama

26/01/2025


Polis menahan 14 lelaki tempatan kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sebuah rumah di Jalan Seri Binjai 3, Taman Seri Binjai tengah malam tadi. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom


SEREMBAN: Polis menahan 14 lelaki tempatan kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sebuah rumah di Jalan Seri Binjai 3, Taman Seri Binjai di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata kesemua lelaki dalam lingkungan 34 hingga 62 tahun itu ditahan menerusi serbuan pada pukul 12.01 tengah malam.




"Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah meja yang mempunyai lukisan perjudian Holo, dadu (dua), piring seramik (satu), mangkuk seramik (satu), kerusi (12) serta wang tunai RM19,168," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED