Translate

16 January 2025

Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN



Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN

Bernama

16/01/2025


Ramli menegaskan, semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan. - Bernama


KUALA LUMPUR: Polis mengesan taktik penipuan dan pemerasan terbaharu menggunakan dokumen amaran palsu, lengkap dengan Jata Negara, logo Badan Peguam Malaysia dan nama Ketua Polis Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya menerima laporan berhubung dokumen sedemikian kononnya dikeluarkan "Pejabat Pusat Memerangi Jenayah Berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi", Selasa lepas.

Dokumen itu menurutnya, memaklumkan penerimanya terbabit dalam beberapa prosiding undang-undang kerana memiliki imej pornografi kanak-kanak dan dikehendaki menghubungi pihak yang mengeluarkan dokumen itu dengan segera atau waran tangkap akan dikeluarkan.

"Hasil penelitian, dokumen itu turut memaparkan Jata Negara serta logo Badan Peguam Malaysia dan ditandatangani penama yang hampir sama dengan Ketua Polis Negara, namun menggunakan jawatan berbeza.

"Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang menerima dokumen sedemikian sama ada secara fizikal, e-mel, mesej WhatsApp atau apa cara sekalipun diingatkan untuk tidak memberi sebarang respons kepada penghantarnya.

"Kita percaya dokumen itu telah dicipta dengan tujuan untuk menimbulkan kebimbangan kepada penerima dan seterusnya menjerat mereka menjadi mangsa penipuan atau pemerasan," katanya sambil menambah orang ramai yang mungkin menjadi mangsa diminta tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'Gadis OKU hilang selepas keluar bermain di taman p' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar beri jaminan Malaysia tidak akan alami ke' 1 hr 5 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 31 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 6 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 6 hrs 28 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 6 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 6 hrs 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 6 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 6 hrs 50 mins ago