Translate

01 January 2025

Polis Putrajaya keluarkan 36 saman Op Ambang Tahun Baharu 2025



Polis Putrajaya keluarkan 36 saman Op Ambang Tahun Baharu 2025

Bernama

01/01/2025


Bahagian Trafik IPD Putrajaya mengadakan sekatan jalan raya di laluan keluar dari Putrajaya bagi memeriksa kepatuhan para pengguna jalan raya sempena sambutan ambang tahun baharu awal pagi tadi. --fotoBERNAMA


PUTRAJAYA: Sebanyak 36 saman dikeluarkan polis atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk motosikal tiada cermin sisi, tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, menerusi Op Ambang Tahun Baharu.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Putrajaya ASP Khairulrahman Rahmat, berkata operasi bermula kira-kira 11 malam tadi sehingga 3 pagi ini di dua lokasi iaitu Persiaran Utara dan Jambatan Gemilang.

Beliau berkata sekatan jalan raya dilaksanakan selepas sambutan ambang tahun baharu bagi mengelak berlaku kesesakan trafik dan tumpuan sebaliknya diberikan kepada kawalan keselamatan di sekitar lokasi sambutan di Presint 3.

"Motosikal tiada cermin sisi, tiada lesen, nombor pendaftaran fancy dan tidak pamer pelekat 'P' merupakan kesalahan utama dikesan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sebanyak 85 kenderaan kebanyakannya motosikal dan 97 individu diperiksa sepanjang operasi itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED