Translate

29 January 2025

Petronas pertimbang tamat aktiviti aset matang, termasuk saluran paip gas Sabah-Sarawak



Petronas pertimbang tamat aktiviti aset matang, termasuk saluran paip gas Sabah-Sarawak

Bernama

29/01/2025


Dalam laporan Prospek Aktiviti untuk 2025-2027, Petronas berkata proses tersebut melibatkan menilai aset yang tidak digunakan untuk potensi guna semula.


KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mempertimbangkan untuk menamatkan aktiviti aset matang dalam operasi huluan negara, termasuk Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP).

Saluran paip gas asli sepanjang 500 kilometer (km), yang beroperasi sejak awal 2014, menghubungkan Kimanis (Sabah) dengan Bintulu (Sarawak).

Dalam laporan Prospek Aktiviti untuk 2025-2027, syarikat minyak nasional itu berkata proses tersebut juga melibatkan menilai aset yang tidak digunakan untuk potensi guna semula.

"Bagi tempoh tiga tahun akan datang, pelan penamatan operasi termasuk memasang dan menutup kira-kira 153 telaga serta 37 kemudahan luar pesisir dan satu kemudahan di darat, iaitu SSGP," katanya.

Selain itu, Petronas berkata dalam tempoh dua tahun akan datang, kira-kira 15 telaga cari gali diunjurkan digerudi setiap tahun, memberi tumpuan kepada telaga air cetek dan telaga air dalam.

Katanya pihaknya menjangka lebih 400 telaga akan digerudi dan 39 projek huluan akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ini termasuk pembinaan tiga Platform Pemprosesan Pusat (CPP) luar pesisir dan tiga kemudahan di darat serta fabrikasi dan pemasangan kira-kira 900 km saluran paip.

Bagi memastikan pengeluaran optimum lapangan dan kemudahan pengeluaran, Petronas berkata sebanyak 367 pelan penambahbaikan kemudahan (FIP) dirancang untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Ini termasuk perolehan, pembinaan, pemasangan dan pengoperasian (EPCIC) serta Penggantian Penjana Turbin Gas (GTG) Projek Pemulihan F6.

Menurut Petronas, FIP menyumbang kepada inisiatif penyahkarbonan dengan membantu mengekang pembakaran di kemudahan di darat yang baharu.

Pada masa yang sama, syarikat turut menempatkan pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) sebagai perniagaan utama, terutamanya projek Kasawari manakala bagi perniagaan hiliran, syarikat giat meneruskan pertumbuhan dalam bahan kimia khusus.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 31 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cacing ditemui dalam tin sardin jenama RANESA yang' 47 mins ago
A visitor from Iowa viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Des moines viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Boydton viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Delaware viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Barcelona 3-2 Real Madrid | Copa del Rey Final 202' 2 hrs ago