Translate

01 January 2025

Pesawat Hawaiian Airlines berpatah balik selepas asap memasuki kokpit



Pesawat Hawaiian Airlines berpatah balik selepas asap memasuki kokpit

Bernama

01/01/2025


Hawaiian Airlines memaklumkan bahawa asap itu tidak kelihatan dan menggambarkannya sebagai wap. -Gambar fail/Hawaiian Airlines


SAN FRANCISCO: Sebuah penerbangan Hawaiian Airlines menuju Honolulu dari Seattle terpaksa berpatah balik sejurus sebaik berlepas pada Isnin kerana kru melaporkan terdapat asap di dalam kokpit pesawat Airbus A330, lapor Xinhua yang memetik The Seattle Times pada Selasa.

Sebuah penerbangan Hawaiian Airlines menuju Honolulu dari Seattle terpaksa berpatah balik kerana kru melaporkan terdapat asap di dalam kokpit pesawat Airbus A330.

Penerbangan 21 Hawaiian Airlines mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma, dan semua 273 penumpang serta 10 kru berjaya keluar dengan selamat.

Alaska Air Group telah mengambil alih Hawaiian Airlines pada September, dan kedua-dua syarikat penerbangan kini dalam proses menggabungkan operasi mereka.

Pada kira-kira 1 tengah hari Isnin Waktu Piawai Pasifik, Penerbangan 21 Hawaiian Airlines mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma, menurut laman web Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA). Agensi itu sedang menyiasat insiden berkenaan.

Hawaiian Airlines memaklumkan bahawa asap itu tidak kelihatan dan menggambarkannya sebagai wap.

"Kapten mengisytiharkan kecemasan untuk mendapatkan keutamaan pendaratan dan pesawat Airbus A330 mendarat di SEA tanpa insiden," kata jurucakap Hawaiian Airlines Marissa Villegas, dalam satu kenyataan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan perubatan dan bomba berada di pintu pesawat dan kesemua 273 penumpang serta 10 kru berjaya keluar dengan selamat."

Penerbangan 21 berlepas semula pada pagi Selasa menggunakan pesawat baharu, tambah Villegas.

Alaska Air Group yang berpangkalan di SeaTac menyelesaikan pengambilalihan Hawaiian Airlines pada September. Kedua-dua syarikat penerbangan kini dalam proses menggabungkan operasi mereka, menurut laporan The Seattle Times.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED