Translate

14 January 2025

KUSKOP sasar pertambahan 30 peratus usahawan wanita PMKS tahun ini



KUSKOP sasar pertambahan 30 peratus usahawan wanita PMKS tahun ini

Bernama

14/01/2025


Noor Afifah (tiga, kiri) bergambar bersama usahawan pada Majlis Penganugerahan Tamat Latihan Usahawan Projek IDEAS di Kota Bharu, 13 Jan 2025. --fotoBERNAMA


KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan peningkatan sekurang-kurangnya 30 peratus usahawan wanita dalam sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) pada tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP Noor Afifah Abdul Razak berkata sehingga kini terdapat 1.1 juta usahawan PMKS di seluruh negara namun hanya 230,000 daripadanya terdiri usahawan wanita yang terlibat dalam sektor pertanian, perkhidmatan, dan pembuatan.

Beliau berkata kerajaan komited memperkukuh sumbangan PMKS sebagai tulang belakang ekonomi negara dengan memberi tumpuan kepada penglibatan usahawan wanita selaras Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang menekankan kesaksamaan jantina.

"Pelbagai program telah dilaksanakan termasuk latihan keusahawanan, pembangunan kemahiran digital, serta akses kepada pembiayaan dan pasaran.

"Dasar Keusahawanan Nasional 2030 turut memberi peluang sama rata kepada wanita untuk menceburi bidang keusahawanan yang berpotensi besar sebagai kerjaya pilihan. Malah, sumbangan PMKS kepada ekonomi negara terus meningkat setiap tahun," katanya selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Tamat Latihan Usahawan Projek IDEAS di sini semalam.

Mengulas mengenai Projek IDEAS, Noor Afifah berkata program itu ialah inisiatif ASEAN bersama Korea Selatan untuk meningkatkan kemahiran digital usahawan wanita PMKS.

"Hampir 3,000 usahawan wanita PMKS di ASEAN telah menyertai program ini termasuk 242 dari Malaysia. Program selama enam bulan ini memberi manfaat besar melalui latihan berstruktur," katanya.

Beliau berkata Korea Selatan juga merancang membawa peserta projek menyertai ekspo keusahawanan di negara itu menjelang 2026.

"KUSKOP yakin Projek IDEAS mampu membantu lebih ramai usahawan wanita PMKS meluaskan potensi perniagaan mereka melalui aplikasi digital dan e-dagang dengan lebih berkesan.

"Kini, ramai usahawan menggunakan platform digital seperti Lazada, Shopee, TikTok, dan Instagram untuk menjangkau lebih ramai pelanggan," katanya.

Beliau berkata peralihan kepada platform digital secara teratur mampu membantu usahawan menjangkau pelanggan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat ASEAN.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Columbus viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 49 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 2 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 29 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Seorang lagi Tan Sri ditahan, be' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 47 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 1 hr 38 mins ago