Translate

15 January 2025

Bekas CEO Tabung Haji Nik Hasyudeen Yusoff dilantik ahli Lembaga Pengarah SC



Bekas CEO Tabung Haji Nik Hasyudeen Yusoff dilantik ahli Lembaga Pengarah SC

Bernama

15/01/2025


Nik Hasyudeen juga merupakan Pengarah Eksekutif SC yang bertanggungjawab dalam Penyeliaan Pasaran dan Korporat dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 15 Jan, 2025.

Dilantik oleh Menteri Kewangan, Lembaga Pengarah SC bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan tadbir urus SC dan mempunyai pengawasan terhadap mandat kawal selia dan pembangunannya, kata SC dalam kenyataan hari ini.

Pengerusi SC Datuk Mohammad Faiz Azmi mengalu-alukan pelantikan Nik Hasyudeen, sambil menyatakan pengalaman lebih 30 tahun beliau dalam industri, kawal selia dan di peringkat antarabangsa akan membantu mengukuhkan Lembaga Pengarah SC dalam melaksanakan dua mandatnya.

Sebelum ini, beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif SC yang bertanggungjawab dalam Penyeliaan Pasaran dan Korporat dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED