Translate

01 January 2025

Banjir di Kelantan dan Johor beransur pulih, mangsa di Perak meningkat



Banjir di Kelantan dan Johor beransur pulih, mangsa di Perak meningkat

Bernama

01/01/2025


Setakat pagi ini, seramai 399 orang mangsa banjir berlindung di PPS di Dewan Kampung Asli Chinggung dan Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah, Muallim, sementara Sungai Slim berada pada paras bahaya 25.41 meter. - Foto APM Mualim


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan dan Johor pagi ini beransur pulih dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan namun di Perak merekodkan peningkatan.

Di KELANTAN, hanya satu PPS masih aktif di Rantau Panjang setakat 8.30 pagi ini dengan 31 mangsa daripada sembilan keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh.

Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula mencatatkan Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 9.80 meter berbanding paras bahaya 9.0 meter.

Di JOHOR pula, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata mangsa banjir di daerah Kota Tinggi kekal 69 orang daripada 17 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.

Beliau berkata 42 mangsa daripada 12 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Gembut manakala 27 mangsa daripada lima keluarga lagi berlindung di Balai Raya Kampung Perpat.

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Perak memaklumkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan pagi ini meningkat kepada 399 orang daripada 86 keluarga, berbanding 52 orang daripada 11 keluarga malam tadi.

Kesemua mereka berlindung di Dewan Kampung Asli Chinggung dan Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah, Muallim, manakala paras Sungai Slim kini berada pada paras bahaya iaitu 25.41 meter berbanding paras biasa 23.50 meter.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED