Translate
02 January 2025
Angka korban “serangan pengganas” di New Orleans meningkat kepada 15 orang
Angka korban “serangan pengganas” di New Orleans meningkat kepada 15 orang
Bernama
02/01/2025
Pasukan keselamatan dengan bantuan anjing pengesan bom, memeriksa kawasan itu dan lokasi lain di New Orleans, termasuk stadium bola sepak Superdome, bagi memastikan tiada alat letupan lain yang diletakkan. - Gambar AP
WASHINGTON: Angka korban dalam "serangan pengganas" di New Orleans meningkat kepada sekurang-kurangnya 15 orang, menurut FBI pada Rabu, setelah biro itu mengenal pasti suspek sebagai seorang warganegara Amerika Syarikat dari Texas yang memandu trak pikap sewa yang sarat dengan senjata ke arah orang ramai yang sedang menyambut Tahun Baharu di Bourbon Street.
Suspek yang maut dikenal pasti sebagai Shamsud-Din Jabbar, 42, bekas anggota tentera dari Texas, kata FBI dalam satu kenyataan, lapor United Press International (UPI).
Pegawai menambah, penyiasat sedang meneliti beberapa rakaman video yang dibuat oleh Jabbar sebelum serangan itu.
"Dia memandu trak pikap Ford yang disewa dan kami sedang berusaha untuk mengesahkan bagaimana suspek memperoleh kenderaan itu," kata agensi tersebut sambil mengesahkan kehadiran bendera ISIS dalam trak berkenaan.
FBI mengetuai siasatan dan dalam satu sidang media petang Rabu, ia menyifatkan serangan itu sebagai tindakan pengganas yang kemungkinan melibatkan beberapa suspek.
Serangan itu berlaku di Blok 100 Bourbon Street, yang telah diisytiharkan sebagai kawasan jenayah dan ditutup sehingga FBI menyelesaikan siasatan selepas menemukan dua alat letupan buatan sendiri serta beberapa peralatan lain di dalam kenderaan suspek.
Pasukan keselamatan dengan bantuan anjing pengesan bom, memeriksa kawasan itu dan lokasi lain di New Orleans, termasuk stadium bola sepak Superdome, bagi memastikan tiada alat letupan lain yang diletakkan.
Senator AS, John Kennedy, R-La., menyifatkan serangan itu sebagai contoh "kejahatan mutlak."
"Kami mengharapkan untuk meletakkan kuasa dan sumber penuh kerajaan persekutuan di sebalik penyiasatan ini," kata Kennedy pada sidang media itu.
"Apabila tiba masanya, anda akan mengetahui apa yang berlaku dan siapa yang bertanggungjawab, atau saya akan terus mendesak pihak persekutuan sehingga mereka memberitahu kita apa yang berlaku."
Bandar itu dijadualkan menjadi tuan rumah perlawanan kelayakan bola sepak NCAA Allstate Sugar Bowl pada malam Rabu di Superdome tetapi telah menangguhkan acara itu selama 24 jam.
New Orleans merupakan antara destinasi pelancongan utama di negara ini semasa musim percutian dan Sugar Bowl menarik ribuan pelancong setiap tahun.
Perlawanan tahun ini merupakan sebahagian daripada format baharu kejohanan bola sepak NCAA.
Gabenor Louisiana, Jeff Landry menyifatkan siasatan sebagai "proses yang sangat mencabar."
"Kami sedang memburu beberapa individu dan mempersiapkan bandar untuk Sugar Bowl esok," katanya.
Gabenor mengisytiharkan darurat yang akan berlanjutan sehingga perlawanan Sugar Bowl pada Khamis.
Beliau turut menyatakan akan menghadiri perlawanan itu.
Ketika ditanya bagaimana pihak berkuasa tahu bahawa suspek tidak bertindak bersendirian, Landry menjawab: "Mengapa kami perlu memberitahu anda?"
Beliau berkata, menjawab soalan itu mungkin akan menjejaskan siasatan persekutuan yang sedang dijalankan dengan bantuan pihak penguat kuasa negeri.
Gabenor berkata, beliau telah memanggil 100 anggota polis tentera untuk membantu mengamankan bandar dan melindungi daripada sebarang kemungkinan tindakan susulan.
"Kami memerlukan lebih banyak sumber. Kami memerlukan lebih ramai pegawai di lapangan," kata Landry.
"Kami mempunyai siasatan aktif dan perlu meningkatkan keselamatan."
Lima belas orang terkorban dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam insiden pada 3:15 pagi CST apabila suspek yang memandu trak pikap, merempuh pejalan kaki di kawasan French Quarter yang sesak dan ikonik.
Pegawai berkata, Jabbar ditembak mati selepas dia keluar dari kenderaannya dan melepaskan tembakan ke arah polis.
Tiga pegawai polis NOPD membalas tembakan dan membunuh Jabbar.
Dua daripada pegawai itu cedera dalam insiden tembakan tetapi kini berada dalam keadaan stabil.
FBI berkata, bendera Negara Islam ditemukan dalam kenderaan itu dan ia sedang "menentukan kemungkinan hubungan dan kaitan suspek dengan organisasi pengganas."
"Pakar bom FBI sedang bekerjasama dengan rakan penguat kuasa undang-undang kami untuk menentukan sama ada peranti itu berfungsi dan mereka akan berusaha untuk melumpuhkan peranti tersebut," kata agensi itu.
Polis berkata, Jabbar memandu melalui sekatan jalan pada kadar kelajuan tinggi ke arah French Quarter di Bourbon dan Canal Street.
Pihak berkuasa berkata, kebanyakan mangsa adalah penduduk tempatan, tetapi terdapat juga pelancong dalam kalangan mangsa.
Dua hospital Ochsner Health yang merawat mangsa insiden itu meminta orang ramai menderma darah.
"Kami menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada semua yang terkesan akibat tragedi di French Quarter pada awal pagi 1 Jan. Untuk menyokong mereka yang terjejas, sila pertimbangkan untuk menderma darah," menurut sistem kesihatan itu dalam satu kenyataan, sambil mengumumkan rancangan untuk mengadakan kempen derma darah sehingga Khamis.
Tiga puluh mangsa dibawa ke lima hospital berbeza.
Rumah Putih, berkata Presiden Joe Biden menghubungi Datuk Bandar New Orleans, LaToya Cantrell, pada pagi Rabu "untuk menawarkan sokongan penuh persekutuan berikutan berita tragis bahawa seorang pemandu telah membunuh dan mencederakan puluhan individu di New Orleans semalaman."
Presiden telah "diberi taklimat mengenai perkembangan terkini oleh pegawai kanan FBI dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) serta pasukan keselamatannya dan beliau akan terus dimaklumkan mengenai kejadian itu," menurut kenyataan rasmi tersebut.
"Saya berterima kasih atas tindakan berani dan pantas pihak penguat kuasa undang-undang tempatan dalam mencegah kematian dan kecederaan yang lebih besar," kata Biden dalam kenyataan berasingan.
"Saya telah mengarahkan pasukan saya memastikan semua sumber tersedia bagi membantu penguat kuasa undang-undang persekutuan, negeri dan tempatan menyelesaikan siasatan ini secepat mungkin dan memastikan tiada ancaman yang masih ada." - BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Keadaan pesawat ringan milik Jazirah Aviation Club yang terhempas ke dalam laut di luar pantai Ras Al Khaimah. - Foto X/@imurpartha Dua ma...
-
BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman Bernama 03/01/2025 Kenny menyifatkan tuduhan Megat D Shahriman itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bu...
-
Memenuhi permintaan ramai, konsert GenKRU tambah satu hari lagi Bernama 04/01/2025 Kumpulan KRU (dari kiri) Datuk Norman Abdul Halim, Edry ...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
Blog Archive
-
▼
2025
(229)
-
▼
Jan 2025
(229)
- Tambun Ipoh DiIanda BANJlR 5/1/2025
- Tindakan Tegas Diambil Jika Sertai Himpunan Esok
- Harga Lebih Murah Jadi Pilihan Segelintir Pengusah...
- Duta Palestin Kesal Dan Mohon Maaf
- Ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapa...
- Perlawanan Manchester United dan Liverpool diteruskan
- Suspect in Magdeburg Christmas market attack invol...
- Ahli UMNO Sertai Himpunan Solidariti Najib Kena Ta...
- Tindakan tegas ke atas individu hadir perhimpunan ...
- AKAK BENGANG SOUND WANITA BERTUDUNG KELABU - KEJAD...
- Penggantungan semua konsert tindakan ekstrem, kura...
- 2 dead in light plane crash in Australia
- Lelaki tempatan ditahan menyamar polis, samun kelu...
- Jaguh cilik sukan pushbike Maleeq Dragster dapat p...
- Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ke...
- Sheila Rusly - Majlis Resepsi Perkahwinan Luth Mik...
- WARGA PALESTIN 'BEBAL' M0G0K LAPAR DI WISMA TRANSI...
- DATO' LOKMAN NOOR ADAM Sebab UMNO Batal Perhimpuna...
- 1MALAYSIA MAKAN & SOUND SATE BALUT ARTIS 3CUCUK RM...
- FULL Penjelasan Penuh Pengerusi Masjid TTDI
- Former GISB member on life in the cult-linked group
- "Ops Kutip" Imigresen Selangor Tahan 53 PATI
- POLIS SIASAT INDIVIDU BERPAKAIAN MENYERUPAI PASUKA...
- Hari Ini 'Lidah' Kita Punya, PRU16 Tunggu Rakyat J...
- MIC Tukar Tempat Solidariti Untuk Najib, Tak Turun...
- Hafiz Suip Bakal Bercerai?
- Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu lua...
- PGA Sarawak rampas rokok, arak tanpa cukai bernila...
- Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipe...
- Sarawak is the only state to have a one-stop centr...
- Maswings ada nama baharu
- Dua bekas pengarah didenda guna wang syarikat baya...
- Reman suspek bunuh remaja perempuan disambung
- Amaran hujan berterusan di empat negeri ditamatkan...
- Pembantu tadika tipu pelaburan tidak wujud RM1 64 ...
- Dua Lelaki Seludup Barang Runcit Bernilai Lebih RM...
- Tindakan pantas anggota bomba berjaya selamatkan l...
- Harga biji kopi meningkat, pemilik kafe perlu kaji...
- Titah Adendum: Rayuan Najib didengar esok
- WTKL Kecoh Lagi, Warga Palestin Mahu Cepat Kembali...
- 80 PATI ditahan Imigresen Selangor
- IMIGRESEN SERBU KLIA - MODUS OPERANDI TERBARU WARG...
- Nahas KM204: Polis temukan rim besi dipercayai mil...
- Brighton & Hove Albion 1-1 Arsenal | 2024/25 Premi...
- KEJADIAN DI KUALA TERENGGANU - TAK SAMPAI 24 JAM D...
- Najib Tidak Akan Kemuka Permohonan Baharu Pengampu...
- New York judge sets sentencing date against Trump ...
- Berhati-hati laman web palsu MDAC - Imigresen
- Tiada kes HMPV dilaporkan di Indonesia
- JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
- Perjanjian JS-SEZ dijangka dimeterai Isnin ini - M...
- Solidariti secara bermusim sangat tidak bermoral -...
- Lagi kucing mati di Universiti Malaya
- Warga Malaysia perlu daftar QR sebelum berlepas di...
- Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Ist...
- PH Selangor lapor polis, adun didakwa fitnah PM
- MCMC turunkan 63,652 kandungan berunsurkan penipua...
- Selangor semak semula garis panduan penganjuran ko...
- Dua maut kereta jatuh gaung
- DALANG SINDIKET PEMALSUAN DOKUMEN IMIGRESEN TUMPAS...
- PM Boleh Dianggap Penderhaka Sekiranya Mahkamah Bu...
- Orang Macam Dr Akmal Ahli UMNO Perlu Naikkan, Turu...
- Tidak Mungkin Nizar Berbohong Atas Nama Al Sultan ...
- Lim tolak pelawaan sertai demo pro-Najib
- 200 peserta berkumpul depan masjid bantah Hannah, Nga
- Semua mangsa nahas pesawat Jeju Air berjaya dikena...
- Atlet paragliding meninggal dunia ketika jalani la...
- Angka korban di Gaza melebihi 45,700 orang selepas...
- APMM temukan dua bot bawa 300 warga asing Myanmar ...
- Imigresen serbu pusat hiburan mewah tawar khidmat ...
- Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang ...
- Korea Selatan siapkan transkrip rakaman kokpit dar...
- SPRM perkukuh kepakaran siasat rasuah melibatkan m...
- Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal -...
- Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel posit...
- Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga...
- Rakyat ada hak untuk tahu kewujudan Titah Adendum ...
- 53 PATI ditahan imigresen Selangor dalam Ops Kutip
- Kelab malam tawar GRO dengan tip sehingga RM5,000 ...
- Pas tetap teruskan sertai himpunan solidariti Naji...
- Saya akan hadir untuk sokongan moral kepada Najib ...
- Anak meninggal dunia ketika teman jenazah ibu
- Pesara Kerajaan Maut Nahas Dua Kenderaan
- Polis siasat kumpulan berpakaian istiadat pasukan ...
- Seorang lelaki ditahan disyaki terlibat kes rasuah...
- Amaran ribut petir, angin kencang di Sabah, Sarawa...
- JAWI diarah nilai semula SOP keselamatan masjid
- Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masu...
- Ejen Sindiket Seludup PATI Direman Tiga Hari
- Pencalonan Shapawi Memang Ada Unsur Rasuah - Megat...
- SUV terbabit kemalangan maut di Jeram disahkan dip...
- Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pad...
- Lelaki tempatan ditahan simpan, jual mercun tanpa ...
- Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak...
- APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkap...
- Nahas Jeju Air: Polis serbu Lapangan Terbang Muan ...
- Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia ...
- UMNO akur titah Agong, batal Himpunan Solidariti N...
- Wanita cedera di perut ditikam anak saudara perempuan
- Memenuhi permintaan ramai, konsert GenKRU tambah s...
-
▼
Jan 2025
(229)