Translate

24 January 2025

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak



Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak

Bernama

24/01/2025


MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan.- Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ni memaklumkan di Sarawak, ia melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Keadaan sama juga diramal berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.


-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED