Translate

26 January 2025

Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri



Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri

Bernama

26/01/2025


Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa untuk santap pagi bersama Perdana Menteri Anwar di sebuah restoran di Masjid India, Kuala Lumpur. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa untuk santap pagi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran di Masjid India, di sini.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakam gambar bersama Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kanak-kanak serta bertanyakan khabar. - BERNAMA



Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED