Translate

01 January 2025

Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu 2025



Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu 2025

Bernama

31/12/2024


Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. - Foto ihsan Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Bersempena Tahun Baharu 2025 membuka tirai, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut mendoakan keharmonian serta perpaduan negara terus berkekalan.

"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami memohon kepada-Mu agar Engkau sentiasa melindungi rakyat serta negara.

"Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bencana dan musibah," titah Seri Paduka Baginda.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 40 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 50 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman ' 51 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lebih 2.75 Juta Warga Singapura Memilih Hari Ini |' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 1 hr 40 mins ago