Translate

26 September 2023

Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib



Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib

Bernama

September 25, 2023
Sasikala berkata pihaknya mengesan video itu yang dimuat naik di Instagram pada semalam yang memaparkan seorang wanita dikatakan dipukul oleh seorang penjawat awam namun lokasi, tarikh dan tempat kejadian tidak diketahui. - Foto FB Polis Selangor

Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib

Sasikala berkata pihaknya mengesan video itu yang dimuat naik di Instagram pada semalam yang memaparkan seorang wanita dikatakan dipukul oleh seorang penjawat awam namun lokasi, tarikh dan tempat kejadian tidak diketahui. - Foto FB Polis Selangor

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib susulan video yang tular di media sosial, mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata pihaknya mengesan video itu yang dimuat naik di Instagram pada semalam yang memaparkan seorang wanita dikatakan dipukul oleh seorang penjawat awam namun lokasi, tarikh dan tempat kejadian tidak diketahui.

"Hasil semakan polis mendapati penjawat awam itu merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Kontinjen Selangor dan sedang menjalani cuti sakit disebabkan lumpuh separuh badan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.







Beliau berkata hasil semakan juga mendapati kejadian di dalam video itu adalah video lama yang telah ditularkan semula.

"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor telah membuka kertas siasatan dan masih menjalankan siasatan memandangkan tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu," katanya.

Sasikala berkata pihak polis ingin menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutamanya melibatkan PDRM Selangor serta akan mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 21 mins ago
A visitor from Medan viewed 'Penyanyi Indonesia Widi Vierratale Buka Baju, Cuma' 38 mins ago
A visitor from Clonee viewed 'BEST FBKL' 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Pandu Kereta Lawan Arus Ditahan Polis | BES' 59 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Keputusan pemilihan cabang PKR dimuktamad selewat-' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Hakim Danish raih podium di GP Sepanyol | BEST FBK' 1 hr 20 mins ago