Translate

26 September 2023

Bunuh kekasih hamil: Permohonan tertuduh rujuk psikiatri ditolak



Bunuh kekasih hamil: Permohonan tertuduh rujuk psikiatri ditolak

Bernama

September 26, 2023
Tertuduh diiringi polis dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Besar pada Selasa

Bunuh kekasih hamil: Permohonan tertuduh rujuk psikiatri ditolak

Tertuduh diiringi polis dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Besar pada Selasa. -Foto Sinar Harian

SUNGAI BESAR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan seorang lelaki yang dituduh membunuh seorang wanita hamil di Jalan Sungai Limau dekat sini supaya dirujuk ke hospital psikiatri.

Majistret Siti Hajar Ali menolak permohonan itu atas alasan perkara itu perlu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

"Mahkamah berpendapat secara asasnya permohonan begini hendaklah diputuskan oleh hakim yang menjalankan kes ini iaitu Hakim Mahkamah Tinggi dan mahkamah ini sedar keperluan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah perlu dipatuhi.







"Mahkamah juga berpendapat penolakan permohonan pada peringkat ini tidak akan memprejudiskan hak tertuduh.

"Peguam pada bila-bila masa boleh membuat permohonan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi yang akan menjalankan perbicaraan kes ini nanti," katanya.

Permohonan itu dibuat peguam Muhammad Nor Tamrin, yang mewakili Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20, pada 3 Ogos lepas.

Pada prosiding lepas, Muhammad Nor memohon mahkamah agar anak guamnya dirujuk ke hospital psikiatri berikutan hasil temu bual pihaknya bersama tertuduh mendapati keadaan mental anak guamnya dilihat tidak stabil.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Nov depan bagi sebutan semula kes.

Pada 1 Jun lepas, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau di sini antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi, 23 Mei lepas.

Bekas penuntut kolej itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Alabama viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 40 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis rujuk tiga kertas siasatan 'doktor tidak sen' 15 mins ago
A visitor from Washington viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 23 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pembinaan 12 set tren baharu untuk Komuter Utara d' 31 mins ago
A visitor from Amsterdam viewed 'BEST FBKL' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jangan gantung objek lain pada sistem semburan air' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 54 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 56 mins ago