Translate

29 September 2023

Emas ke-2-Mohd Qabil pahat sejarah hadiahkan emas sulung Malaysia dalam ekuestrian



Mohd Qabil pahat sejarah hadiahkan emas sulung Malaysia dalam ekuestrian

Bernama

September 28, 2023
Mohd Qabil yang kembali bersama dengan kudanya Rosenstolz cemerlang mengumpul keseluruhan 75.780 mata. - Facebook Hannah Yeoh

Mohd Qabil pahat sejarah hadiahkan emas sulung Malaysia dalam ekuestrian

Mohd Qabil yang kembali bersama dengan kudanya Rosenstolz cemerlang mengumpul keseluruhan 75.780 mata. - Facebook Hannah Yeoh

HANGZHOU: Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil mencipta sejarah membanggakan apabila menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam sukan ekuestrian selepas mengungguli acara dressage individu di Sukan Asia Hangzhou 2022 hari ini.

Pada saingan di Pusat Ekuestrian Tonglu, Mohd Qabil yang kembali bersama dengan kudanya Rosenstolz cemerlang mengumpul keseluruhan 75.780 mata untuk meraih emas pertamanya di pentas Sukan Asia.

Mohd Qabil menewaskan juara bertahan Jacqueline Siu dari Hong Kong yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas meraih 73.450 mata manakala Anush Agarwalla dari India membawa pulang pingat gangsa selepas mengumpul 73.030 mata.


Sebagai rekod, Mohd Qabil meraih perak pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia selepas mengumpul dua gangsa masing-masing pada edisi 2010 di Guangzhou, China dan edisi 2006 di Doha, Qatar dalam acara sama.

Emas dimenangi Mohd Qabil adalah emas kedua kontinjen negara selepas atlet pelayaran wanita Nur Shazrin Mohamad Latif mencuri tumpuan dalam acara ILCA 6, semalam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 1 min ago
A visitor from Labuan viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tanah Runtuh TTDI Dinding Tembok Sebuah Sekolah An' 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama bidang tenaga ' 58 mins ago