Translate
27 September 2023
Mahkamah tolak permohonan lepas tanpa bebas Datuk Seri kes rasuah RM15 juta projek agensi KDN
Mahkamah tolak permohonan lepas tanpa bebas Datuk Seri kes rasuah RM15 juta projek agensi KDN
Bernama
September 27, 2023
Sim antara lain didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad. - Gambar fail
Mahkamah tolak permohonan lepas tanpa bebas Datuk Seri kes rasuah RM15 juta projek agensi KDN
Sim antara lain didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Seri untuk dilepas tanpa dibebaskan daripada empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM15 juta bagi mendapatkan projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendapati pertuduhan tersebut boleh diperbaiki dan tidak memprejudiskan Datuk Seri Sim Choo Thiam, 53, selaku pemohon.
"Selepas meneliti segala kertas kausa, permohonan pemohon (Sim) untuk mengetepikan empat pertuduhan ditolak," katanya.
Mahkamah juga menolak permohonan pemohon supaya pendakwa raya selaku responden menyerahkan kepadanya pernyataan bertulis fakta yang memihak kepada pembelaan.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad manakala peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Sim.
Sim yang memfailkan permohonan itu pada 4 Julai lepas, memohon supaya beliau dilepas tanpa dibebaskan daripada kesemua pertuduhan itu kerana pendakwa raya telah melanggar kewajipan statutori mereka di bawah Seksyen 153 dan 154 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan siasatan kes itu tidak lengkap.
Ahli perniagaan itu juga memohon, supaya responden menyerahkan kepadanya pernyataan bertulis fakta yang memihak kepada pembelaan, di bawah Seksyen 51A (1)(c) KTJ dalam masa tujuh hari dari tarikh perintah mahkamah.
Menurut Sim, fakta yang memihak kepada pembelaan iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hanya merekodkan kenyataan bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin pada petang 10 Mei, selepas beliau didakwa pada hari yang sama.
Perbicaraan kes itu telah ditetapkan selama 10 hari bermula 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Mei 2024 dan pihak pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan.
Sim didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad.
Ia sebagai dorongan untuk seorang pegawai badan awam, Hamzah yang ketika itu Menteri Dalam Negeri, membantu Asia Coding Centre untuk mendapatkan apa-apa projek milik agensi di bawah KDN.
Sim juga berdepan tiga lagi pertuduhan menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM15 juta daripada individu sama (Hep), sebagai dorongan untuk Hamzah melakukan perkara serupa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Shaas Holdings dan di kawasan letak kereta di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1 di sini antara Jun 2021 dan 30 Julai 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
[VIDEO] 'Mungkin hentam divider', penunggang motor hilang kepala kemalangan di Highway Senai Majoriti Jumaat, 27 Dis 2024 Tangkap l...
-
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok Bernama 24/12/2024 Dua lelaki ditahan itu mendakwa ingin pulang ke negara asal, India ...
-
Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis Astro Awani 21/12/2024 KUALA LUMPUR: Ibu Pe...
Popular Posts - Last 30 days
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
Ananda Krishnan leaves behind indelible mark in corporate Malaysia Bernama 28/11/2024 Ananda Krishnan will be remembered as a pioneer who tr...
Blog Archive
-
▼
2023
(3771)
-
▼
Sept 2023
(288)
- Women's Squash team delivers Malaysia's third gold...
- Asian Games: South Korea beats Malaysia's Speedy ...
- Senior official corruption case: MACC awaits DPP d...
- A man connected to Tupac Shakur @ 2Pac's death has...
- Polis tahan sukarelawan polis buat komen mengaibka...
- Astro wins 16 awards at the 2023 Asian Academy Cre...
- MAHB appoints Gordon Andrew Stewart as COO
- Pegawai, anggota polis antara enam ditahan larikan...
- Mohammed Shazalli kini pengarah bukan eksekutif Ai...
- Murid 11 tahun maut ditimpa palang gol ketika akti...
- Customs Dept foils attempt to smuggle drugs worth ...
- Sukan Asia Hangzhou: Pasukan skuasy wanita mara ke...
- IHH Group CFO Joerg Ayrle has been ordered to go o...
- Mohd Nasri appointed acting Director of JSPT - Ayo...
- Appeal's Court reinstates businessman's 10 years p...
- Injuring Indonesian maid with vacuum cleaner, Busi...
- Jalan Sungai Besi to be closed in phases from Oct ...
- Sembilan lelaki mengaku tidak bersalah merusuh
- Open payment system on 11 highways officially begi...
- Several areas of Penang experience water supply di...
- Emas ke-2-Mohd Qabil pahat sejarah hadiahkan emas ...
- PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran t...
- More Than 100 Dead In Deadly Wedding Fire- Mourner...
- Gardenia KL asked to justify increase in price of ...
- America's Got Talent 2023 Shocker- Adrian Stoika a...
- UM's ranking rose 100 places, remaining to be the ...
- The Super League throne belongs to JDT for the 10t...
- Malaysia remains neutral despite cooperation with ...
- Plan Your Journey on 29 and 30 September- More th...
- Mahkamah tolak permohonan lepas tanpa bebas Datuk ...
- No discussions regarding a Cabinet reshuffle in to...
- 2022 Hangzhou : Sailor Nur Shazrin bags Malaysia's...
- Putri Ariani STUNS with "Don't Let The Sun Go Down...
- Ibu simbah air panas terhadap anak kerana habiskan...
- High Court rejected Datuk Seri Najib application t...
- An ice lorry driver sees a tiger TWICE while passi...
- Viral Chili Sauce issue- McDonald's Malaysia files...
- Perbicaraan Ebit Lew bertukar jadi sesi ‘pertikama...
- Gardenia confirmed 30 products will experience pri...
- Polis buru pemandu, penumpang Toyota Vellfire remp...
- Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara ...
- Bunuh kekasih hamil: Permohonan tertuduh rujuk psi...
- Hidden camera incident: Airbnb removes homestay's ...
- Court nullifies Kemaman MP's victory in GE15
- FGV namakan Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharu
- PM arrives home after leading Malaysian delegation...
- Air Selangor: Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Be...
- FAM, MFL, PSM discuss the calendar for the use of ...
- KL police busted eight calling center syndicates h...
- DIBW fight incident: One of the detainees was foun...
- Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasat...
- Malaysian French Legend Dato Shake To Perform Live...
- CEO baharu DNB diumum selepas perjanjian dimuktama...
- The Appeals court upholds the ban on the book 'Gay...
- Step brother who did nothing while his 4 year old ...
- Wan Ji to begin nine months' jail sentence for ins...
- Putrajaya fatal crash: Lorry driver charged with r...
- Wee Ka Siong retained the post of MCA President de...
- Polis tahan suspek lelaki tetak kanak-kanak hingga...
- A Singaporean woman reported dead when a tour van ...
- EPL Sunday Highlights - Matchday 6 of 38
- Two arrested after Viral brawl at Desaru Internati...
- "TEMU ANWAR New York" - Sesi Soal Jawab PM Anwar I...
- 'Selamat pengantin baharu kepada Tan Sri Musa Hassan'
- Former Senior Minister of Education Radzi Jidin an...
- Sukan Asia: Speedy Tigers laung amaran awal dengan...
- Man Utd back to winning ways after 3 defeats
- Flash floods in several states due to monsoon tran...
- PRK Pelangai : Hari Penamaan Calon di Dewan Orang ...
- MIC Dan Makkal Sakti Cadang Tubuh Sekretariat Untu...
- Foreign Woman rescued By Police After She Was Kidn...
- Former political secretary to a former senior mini...
- PM Anwar meets the Malaysian people and students i...
- India stops new visas for Canadians, asks Ottawa t...
- Sultan of Johor says ready for national duties
- Foreign couple held for forging UNHCR documents
- Anwar Ibrahim, Prime Minister of Malaysia, address...
- 11.8 million use mobile data as mode of internet a...
- PM to visit UAE, Saudi Arabia in October
- 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi' phrase not used in...
- Minister Orders local white rice supply to be imme...
- Kerajaan tak campur tangan pemilihan pekerja asing...
- Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor p...
- KWAP labur RM500 juta dalam dana perintis
- 8.7% peratus ? - PM Anwar Sekolahkan Larut
- Champions League: Bayern Beats Manchester United 4...
- Malaysia's PM Anwar Ibrahim Arrives In New York, ...
- Datuk Almalena Sharmila Johan has been appointed a...
- Indonesian Muslim TikToker jailed for reciting pra...
- Blow to Malaysia as Mohd Azizulhasni pulls out of ...
- Mitra's RM100 million allocation fully disbursed
- Money trail report confirms 1MDB's RM1.89 billion ...
- Two killed after lorry crashes into vehicles which...
- PM Anwar Ibrahim berlepas ke New York bagi menyert...
- Beritahu Saya Tempat Mana Tidak Ada Beras, Esok FA...
- Kalau Hulu Selangor main asli, aslilah. Saya rock ...
- Dewan Rakyat kecoh bila PM Anwar jawab isu harga m...
- Opposition Walks Out Of Parliament After Putrajaya...
- Traffic Police to issue summonses to Road Users wh...
- Najib received US$30 mln from Jho Low's shell comp...
-
▼
Sept 2023
(288)