Translate

30 September 2023

Pegawai, anggota polis antara enam ditahan larikan seorang penganggur



Pegawai, anggota polis antara enam ditahan larikan seorang penganggur

Bernama

September 29, 2023 
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin






Pegawai, anggota polis antara enam ditahan larikan seorang penganggur

kesemua suspek berusia 27 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Lima staf Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada pegawai dan anggota pasukan itu antara enam ditahan kerana disyaki melarikan seorang lelaki tempatan dari sebuah kedai makan di Desa Petaling di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata kesemua suspek berusia 27 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, keesokan harinya.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berumur 26 tahun mengenai kejadian itu pada 5.48 petang, hari yang sama.







"Dalam laporannya, mangsa yang tidak bekerja mendakwa dilarikan sekumpulan lelaki ketika berada di sebuah kedai makan di Desa Petaling, pada 3.45 pagi.

Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras menahan kelima-lima pegawai dan anggota berkenaan termasuk seorang lagi suspek," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, Zam Halim berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 365, Seksyen 342 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Siasatan terperinci sedang diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian dan kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Kesemua suspek direman satu hari sehingga semalam dan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan yang boleh menimbulkan kegusaran dan ketenteraman awam.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi talian penting Polis Cheras di 03-9284 5050/ 5051, talian penting Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Doctor charged in court again with cheating | BEST' 11 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 15 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anita Azrina mahu naik taraf kemudahan sukan, kuku' 50 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Angka korban di Gaza melebihi 50,000 orang, Israel' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Henti Cakap Kuil Haram, Ada Sokongan DBKL Untuk Ap' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri nafi tarik sokongan | BEST FBKL' 1 hr 46 mins ago