Translate

26 September 2023

FGV namakan Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharu



FGV namakan Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharu

Bernama

September 26, 2023 19:54 MYT
FGV Holdings Bhd melantik bekas ketua setiausaha (KSU) Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail/BERNAMA

FGV namakan Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharu

FGV Holdings Bhd melantik bekas ketua setiausaha (KSU) Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd melantik bekas ketua setiausaha (KSU) Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.

Kumpulan perladangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata Rastam mengambil alih jawatan itu daripada pengerusi sementara Datuk Shahrol Anuwar Sarman yang dilantik semula sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif.

Selain berkhidmat sebagai KSU kementerian itu bermula 2006 hingga 2010, Rastam juga pernah menyandang peranan sebagai pengerusi dan ketua eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia pada 2015 hingga 2020.


Beliau juga adalah Profesor Adjung di Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk tempoh 2021 hingga 2022.

Selepas bersara sebagai KSU Kementerian Luar, Rastam dilantik sebagai Utusan Khas Kerajaan Malaysia ke Brunei.

Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai penasihat di Jabatan Ketua Menteri Sarawak selama tiga tahun (2010-2013) dan memegang jawatan sebagai lembaga pengarah di beberapa syarikat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed '15 individu didenda antara RM800 hingga RM3,500 be' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 10 mins ago
A visitor from George town viewed 'AWAS AI Speed Trap Camera's To Begin in June - The' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siasatan terhadap ibu bapa Zayn Rayyan bukan sambi' 21 mins ago
A visitor from San pablo city viewed 'Former MIT athletes among 6 dead in NY plane crash' 24 mins ago
A visitor from Volgograd viewed 'Dera Anak Guna Pisau Panas, Ibu Tiri Dipenjara 24 ' 25 mins ago
A visitor from San jose viewed '32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka oper' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka oper' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Police investigate viral video of angry woman hitt' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 1 hr 24 mins ago