Translate

03 September 2023

Kerajaan lulus RM500 juta segerakan naik taraf Hospital Sultanah Aminah - Anwar




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan kerja di HSA di Johor Bahru, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI

Kerajaan lulus RM500 juta segerakan naik taraf Hospital Sultanah Aminah - Anwar

Hasimi Muhamad

September 3, 2023 

Kerajaan lulus RM500 juta segerakan naik taraf Hospital Sultanah Aminah - Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan kerja di HSA di Johor Bahru, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI

JOHOR BAHRU: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi menyegerakan projek-projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang dijangka bermula pada tahun ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelulusan tersebut antaranya bagi pembinaan beberapa kompleks bertingkat termasuk parkir bagi mengatasi masalah kesesakan di hospital berkenaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa telah membangkitkan permasalahan tersebut dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan lalu.



"Kementerian Kewangan, Ekonomi dan Kesihatan telah mula bincang dan ambil tindakan segera.

“Kita luluskan umpamanya baru ini ialah parkir bertingkat dan Menteri Besar Johor dan Kerajaan Negeri telah ambil langkah-langkah sementara supaya dapat mempermudahkan dengan Majlis Perbandaran... tetapi untuk hospital ini sahaja, setakat fasa pertama ini memerlukan RM500 juta.

“Jadi kita telah bincang dengan Kementerian Kewangan, kita mahu projek ini disegerakan. Oleh demikian untuk projek RM500 juta itu memang diluluskan tetapi untuk fasa pertama. Ia dilaksanakan segera dan saya telah minta supaya dijalankan tahun ini.

"Jadi kita selesaikan (masalah) parkir itu, dan ia tidak harus menganggu perancangan pembinaan semula beberapa blok," katanya di sini hari ini.

Perdana Menteri sebelum itu melakukan lawatan kerja di HSA, yang turut dihadiri Dr Zaliha.

Terdahulu, Kerajaan Johor memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya tempat meletak kenderaan bertingkat dibina di HSA.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata selain isu HSA yang sudah mencapai had kapasiti dalam menampung jumlah pesakit, masalah pelawat atau pesakit yang sukar mendapatkan tempat meletak kenderaan turut menjadi perhatian.

Mengulas lanjut, Anwar berkata proses tender bagi kerja naik taraf HSA itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Dalam masa sama, beliau berharap projek pembangunan parkir bertingkat tidak menganggu perancangan pembinaan beberapa blok baharu HSA.

"Mengikut Pengarah HSA (Dr. Sal Atan) keluasan HSA hampir 100 ekar, jika kita guna pelan asal keluasan tanah ini sudah mencukupi.

"Saya lihat tadi kesesakan (di HSA) tidak dapat ditampung lagi. Oleh itu, proses tender akan dilakukan secara 'fast track' dan dilaksanakan dalam masa terdekat," tambah Anwar.

Mengenai rancangan pembinaan HSA 2 pula, Anwar berkata ia akan dimasukkan dalam Rancangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).


Lawatan PM Anwar Ibrahim ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED