Translate

28 May 2021

Sarawak Tidak Akan Melaksanakan ' Total Lockdown' Sektor Ekonomi dan Sosial Tetapi Tetap Melaksanakan PKP Bermula Esok




Sarawak kekal PKP, tidak 'lockdown' sektor ekonomi dan sosial
ASTRO AWANI
Mei 28, 2021 21:36 MYT

Abdul Karim berkata, sehingga petang Jumaat tiada ketetapan baharu dibincangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

KUCHING: Sarawak kekal dengan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, tetapi tidak melaksanakan 'total lockdown' kepada sektor ekonomi dan sosial seperti yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sehingga petang Jumaat tiada ketetapan baharu dibincangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

"Kita berbeza dengan Semenanjung. Kita tidak boleh tutup sektor ekonomi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Lewat petang Jumaat, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh MKN.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat, katanya.

FOR MORE NEWS:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Abu dhabi viewed '30 saham teratas FBM KLCI dijangka kekal - MIDF | ' 5 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'MCMC akan bantu polis siasat video' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah |' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 52 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penetapan 20 jenis sukan teras prestasi tinggi mem' 1 hr 30 mins ago