Translate

08 October 2020

Seorang Pengawal Keselamatan Ditikam Hingga Mati Oleh Rakannya (1 Video)


 


Kena Bunuh Dengan Rakan
MKL Crimedesk
8 Oktober 2020

Akibat perselisihan faham... seorang pengawal keselamatan ditikam hingga mati oleh rakannya di hadapan kedai runcit blok 70 flat sri sabah petang tadi. 

Kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari. 

Difahamkan mangsa dan suspek mulanya bertengkar.

Namun berakhir dengan pergelutan hingga suspek bertindak menikam mangsa dengan senjata tajam dipercayai gunting. 

Mangsa berusia 52 tahun dikenali sebagai s. raghu mati dilokasi kejadian kerana cedera parah. 

Mayat dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk dibedah siasat. 

Berdasarkan keterangan saksi, suspek dikenali sebagai yuvan tinggal di satu taman perumahan dekat blok 64 flat sri sabah lari sejurus selepas kejadian.

Menurut ketua polis daerah cheras, asisten komisioner mohamed mokhsein mohamed zon mengesahkan ada kejadian bunuh, namun motif pembunuhan dalam siasatan. 

Orang awam yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

Source: MKL Crimrdesk

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED