Translate

08 October 2020

Polis Buka Kertas Siasatan Video Tular Pelajar Dipukul Di PPR Bukit Jalil (1 Video)

                                              




PUKUL MELIBATKAN REMAJA : KES DISIASAT #RMPTVVIRAL 08 OKTOBER 2020 
 
  Polis buka kertas siasatan video tular pelajar dipukul di PPR Bukit Jalil
BERNAMA
08/10/2020 06:15 PM


KUALA LUMPUR, 8 Okt -- Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang pelajar dipukul dua remaja lelaki di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Jalil, yang tular di media sosial pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi hari ini berkata, seorang remaja berusia 15 tahun tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan kejadian itu pada pukul 11.50 pagi semalam, di Balai Polis Bukit Jalil.

“Kes dilapor berlaku 5 Okt lebih kurang jam 5 petang dan mangsa mendakwa telah didatangi dua lelaki yang dikenali masing-masing berusia 14 dan 15 tahun, sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka.

Dua suspek itu didakwa memukul mangsa menggunakan tangan dan kaki dan aksi itu dirakam seorang individu lain,” katanya sambil memberitahu pergaduhan antara remaja lelaki itu dileraikan seorang wanita yang lalu di lokasi kejadian.

Sementara itu dalam perkembangan lain, polis ingin mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Yusri Kamarudin, 35, beralamat terakhir di Taman Maju Jaya, Cheras, bagi membantu siasatan kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki terbabit agar menghubungi Pegawai Penyiasat Narkotik, IPD Cheras di talian 013-4290621 atau 03-92050357, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

BERNAMA

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED