Translate

08 October 2020

KKM Kesan Lima Lagi Kluster Baharu - Kluster Tujuh Serangkai, Kluster Tanamera, Kluster Jalan Pantai, Kluster Bah Arnab Dan Kluster Bah Bangat.(1 Video)






Covid-19: Five new clusters detected
COVID-19: KKM kesan lima lagi kluster baharu
Astro Awani
8Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Sebanyak lima lagi kluster baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kesemua lima kluster baharu itu dikenali sebagai Kluster Tujuh Serangkai, Kluster Tanamera, Kluster Jalan Pantai, Kluster Bah Arnab dan Kluster Bah Bangat.

Bagi Kluster Tujuh Serangkai, kes indeks dikesan positif di Tuaran, Sabah pada 5 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth dengan saringan kontak rapat mendapati 22 orang lagi positif COVID-19.

Sementara itu, bagi Kluster Tanamera, kes indeks dikenal pasti di Tawau, Sabah hasil saringan bergejala pada 29 September sebelum dimasukkan ke Hospital Tawau dan hasil saringan kontak rapat mendapati lapan lagi kes positif.

Kluster Jalan Pantai pula dikenal pasti di daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan kes indeks positif pada 8 Oktober hasil saringan bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dengan hasil kontak rapat mengesan enam lagi kes positif.

Kluster Bah Arnab pula dikesan di Kuching, Sarawak dengan kes indeks didapati positif pada 7 Oktober selepas pulang dari Sabah dan saringan kontak rapat mengesan tiga lagi kes positif COVID-19.

KKM juga mengesan Kluster Bah Bangat di Labuan dengan kes indeks positif pada 3 Oktober sebelum mengesan lapan lagi kes positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat.

Dr Noor Hisham berkata, KKM masih mengenal pasti punca jangkitan bagi kesemua kluster baharu berkenaan.

Source: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED