Pencemaran sungai: Pengarah syarikat, anak antara lapan ditahan
Lapan individu ditahan bantu siasatan pencemaran Sungai Selangor
BERNAMA
21/10/2020
KUALA LUMPUR, 21 Okt -- Polis menahan lapan individu termasuk pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan bagi membantu siasatan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata selain pengarah syarikat berusia 31 tahun itu, turut ditahan ialah bapanya yang berusia 62 tahun dan enam pekerja terdiri daripada dua warga tempatan serta empat warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar.
“Kesemua mereka ditahan pada 11.30 pagi tadi di Rawang, Selangor selepas siasatan awal mendapati bau yang dikesan berakhir di alur air Sungai Gong, Rawang disyaki bermula dari syarikat berkenaan.
“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Selayang esok untuk direman manakala kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadzil berkata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesan bau abnormal pada sumber air mentah di Sungai Selangor pada 12.38 pagi Isnin lepas menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras 3 ton.
“Pada pukul 2.00 pagi hari sama, LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras 3 ton,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan henti tugas keempat-empat loji itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
-- BERNAMA