Translate

21 October 2020

LIVE- Sidang Media PKPP | Oleh DS Ismail Sabri - Menteri Kanan Pertahanan


 


Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

PKPP | 434 individu ditahan ingkar SOP PKPP. Daripada jumlah berkenaan 400 individu dikompaun, 24 individu direman dan 10 diikat jamin.

Susulan berita palsu mengenai hampir 90 individu positif COVID-19 mengunjungi pusat membeli-belah di sekitar lembah klang, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan berita palsu berkenaan.

Op Benteng: 37 pendatang tanpa izin ditahan, 10 kenderaan darat dirampas semalam

PKPD Penjara Seberang Prai, Kuarters Perumahan Penjara Seberang Prai berkuat kuasa 22 Okt sehingga 4 Nov

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PPR Taman Harmoni, Sandakan berkuat kuasa 23 Okt - 5 Nov

UPDATED:

Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 21 Okt 2020) 1.Task Force Operasi Pematuhan •2,933 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 12,967 anggota telah membuat 54,344 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
•3,777 pasar raya, 4,678 restoran, 1,201 kilang, 1,939 pasar awam/tani serta 3,100 tempat ibadah dan 1,343 tempat riadah telah diperiksa. •PDRM telah menahan 434 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Seramai 400 individu telah dikompaun, 24 direman dan 10 dijamin.
Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk: oTidak memakai pelitup muka (188) oPenjarakan fizikal (77) oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (83) oLain-lain (86)

2.Kawalan Sempadan Negara •Op Benteng telah berjaya menahan 37 PATI, serta merampas 10 kenderaan darat. •Sebanyak 304 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan: oPDRM – 230 SJR oATM – 65 SJR oAKSEM – 9 SJR

3.Berita Palsu •Sehingga 21 Oktober 2020, sebanyak 273 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung berita palsu berkaitan Covid-19.
.136 masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan dan 12 diberikan notis amaran.
•398 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
•Hari ini tular di media sosial berita palsu mengenai kononnya hampir 90% individu yang positif COVID-19 telah mengunjungi pusat membeli belah di sekitar Lembah Klang.
•Perkara yang belum tentu sahih, jika disebarkan, dan sekiranya didapati tidak benar, anda juga boleh dikenakan tindakan. •Jika terdapat berita yang diragui kesahihannya, anda boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari

4. PKPD Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai •Sidang Khas MKN hari ini bersetuju untuk laksanakan PKPD di Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai bermula 22 Oktober 2020 sehingga 4 November 2020.
•Jumlah keseluruhan individu terlibat adalah seramai 3,262 orang merangkumi banduan (2,110 orang), staf penjara dan keluarga yang mendiami kuarters (1,000 orang), staf penjara yang tidak mendiami kuarters (120 orang) dan kakitangan awam (32 orang).
•Tahanan yang akan dibebaskan dalam tempoh PKPD akan diasingkan dan dikuarantin di tempat yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang iaitu di Institut Latihan Kecemerlangan Mara,Daerah Seberang Perai Selatan sehingga tamat tempoh kuarantin.

5.PKPD PPR Taman Harmoni Sandakan •Sidang Khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PPR Taman Harmoni berkuatkuasa 23 Oktober 2020 sehingga 5 November 2020 melibatkan 870 unit rumah dengan seramai 4,481 penduduk.
•Dengan pelaksanaan perintah ini semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya: •Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing.
•Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM. •KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.
•Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan negeri yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.
•Bagi memastikan pematuhan perintah ini, PDRM, ATM, APM, RELA, PBT dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat •Maklumat lanjut dan SOP berkaitan boleh dirujuk di laman sesawang MKN.

6. Work From Home •Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling bagi memaklumkan arahan ini di mana Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua pegawai di peringkat pengurusan dan pentadbiran yang tidak diperlukan berada di pejabat, supaya bekerja dari rumah.
•Arahan bekerja dari rumah ini adalah terkecuali kepada pegawai awam yang berada di perkhidmatan penting dan diklasifikasikan kritikal bagi memastikan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas dan berjalan lancar.
•MITI telah mengeluarkan kenyataan berkenaan arahan bekerja dari rumah yang melibatkan hampir 800,000 pekerja industri •Perincian lanjut berkenaan arahan ini boleh dilayari di laman sesawang MITI.
•Bagi pekerja yang dikategorikan sebagai informal sektor seperti sektor peruncitan, makanan, peladangan, pertanian, penjaja, gerai makan, restoran, medan selera, kedai runcit, kedai serbaneka dan lain-lain dibenarkan bekerja seperti biasa mengikut SOP PKPB yang telah ditetapkan
•Begitu juga, pekerja bagi perkhidmatan pengangkutan seperti pengangkutan awam, bas ekspres, LRT, teksi, e-hailing dan khidmat penghantaran makanan (delivery service) juga boleh bekerja seperti biasa.
•Majikan perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB ini.
•Pelaksanaan arahan ini adalah sama seperti yang pernah dikuatkuasakan ketika pelaksanaan PKPB di seluruh negara pada Mei 2020.

7.Swab Test Pekerja Di Zon Merah •Swab test adalah diwajibkan bagi pekerja warga asing yang bekerja di sektor pembinaan dan pengawal keselamatan. •Turut diwajibkan untuk menjalani swab test adalah bagi mereka yang bergejala.
•Bagi pekerja dari zon merah yang perlu bekerja di pejabat, amat disarankan untuk menjalani swab test. •Hal ini untuk memastikan pengesanan awal jangkitan COVID-19 bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu di tempat kerja.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED