Datuk Seri M. Saravanan |
PSP Perkeso diperluas kepada pencarum terlibat PKPB mulai esok - Saravanan
BERNAMA
21/10/2020 05:21 PM
KUALA LUMPUR, 21 Okt -- Program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) diperluaskan kepada semua pencarum di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Sabah, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuat kuasa mulai esok.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan, dalam kenyataan hari ini, berkata majikan boleh menjalankan saringan COVID-19 untuk pekerja secara percuma melalui panel perkhidmatan yang dilantik oleh PERKESO.
Beliau berkata mereka hanya perlu membuat janji temu saringan dan mengemukakan maklumat lengkap kepada panel perkhidmatan.
“Senarai panel perkhidmatan PERKESO boleh diperoleh dalam direktori panel perkhidmatan yang dipaparkan di portal https://psp.perkeso.gov.my.
“Proses saringan boleh dilakukan di klinik, makmal atau di premis pekerjaan. Hanya saringan melalui panel perkhidmatan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO.
"Saringan COVID-19 juga boleh dijalankan melalui kaedah subsidi Ssringan prihatin. Kos saringan hendaklah dibayar oleh majikan terlebih dahulu dan majikan boleh mengemukakan permohonan untuk Subsidi Saringan COVID-19 melalui portal https://psp.perkeso.gov.my. dengan menyertakan resit bayaran,” katanya.
Menurut beliau, PERKESO akan membuat bayaran balik subsidi sehingga RM150 bagi setiap pekerja yang telah menjalani saringan COVID-19.
Saravanan berkata kedua-dua kemudahan tersebut (PSP dan Subsidi Saringan Prihatin) terhad untuk dijalankan melalui majikan sahaja.
“Perluasan capaian PSP PERKESO ini terbuka kepada pekerja asing dan tempatan dalam semua sektor atau industri. Pencarum yang pernah menjalani saringan itu sebelum ini boleh menjalani saringan semula selaras dengan pengumuman yang telah dibuat.
“Majikan dan pekerja diingatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan sewaktu menjalani ujian saringan COVID-19 agar proses berjalan dengan selamat dan tidak terdedah kepada risiko jangkitan,” katanya.
Sebarang pertanyaan boleh diemel ke hsp@perkeso.gov.my atau menghubungi 1-300-22-8000 atau 03-4264 5089.
-- BERNAMA