Translate

06 April 2025

Presiden Indonesia Prabowo ke Kuala Lumpur, bertemu Anwar malam ini



Presiden Indonesia Prabowo ke Kuala Lumpur, bertemu Anwar malam ini

Bernama

06/04/2025


Kunjungan Prabowo ke Kuala Lumpur adalah untuk beramah mesra sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara malam ini.

Setiausaha Kabinet Indonesia, Teddy Indra Wijaya berkata kunjungan Prabowo ke Kuala Lumpur adalah untuk beramah mesra sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Prabowo sangat menghormati Anwar sebagai pemimpin senior ASEAN yang berpengalaman luas.

"Beliau (Anwar) telah memegang jawatan lebih awal, lebih berusia, dan merupakan rakan akrab kepada Presiden," katanya dalam satu kenyataan.

Teddy yang turut menyertai lawatan itu memaklumkan bahawa Presiden Prabowo akan berangkat pulang ke Jakarta sejurus selepas pertemuan itu.

"Presiden akan pulang ke Jakarta malam ini juga," jelasnya.

Sementara itu, agensi berita ANTARA melaporkan bahawa Teddy tidak memberikan jawapan yang khusus ketika ditanya mengenai kemungkinan kedua-dua pemimpin membincangkan dasar tarif import yang diumumkan baru-baru ini oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Beliau hanya berkata, "Kedua-dua pemimpin akan berbincang tentang pelbagai perkara."

Pada Jumaat, Anwar berkata Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN akan mengadakan rundingan dengan beberapa negara anggota blok bagi mencapai persetujuan bersama mengenai isu tarif timbal balik, demi memastikan prinsip keadilan dapat diterapkan dalam perdagangan antarabangsa.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 1 min ago
A visitor from Cheras viewed 'Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah |' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Kertas siasatan kes buli pelajar MRSM dihantar ke ' 5 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'JPJ bakal umum garis panduan, SOP baharu kenderaan' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar hadir majlis rumah terbuka Ahmad Zahid di' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump Excludes Phones, Computers and Chips From Hi' 42 mins ago